Assalamu'alaikum
Salam ukhwah
Ingat lagi lagak kita
apabila berhadapan dengan penemuduga? Samada ketika memohon kerja, biasiswa,
tempat di Universiti, membentangkan tesis dsbnya. Kalau lelzki kemas berkemeja
(bebas kedut), bertali leher (walaupun rimas), rambut disir rapi (siap pergi
salon agaknya), kasut kulit di kiwi… kaum hawa pula berminggu cari baju dan
tudung sedondon.. muka di’touch-up’, bertumit tinggi (walaupun gayat)..
Adab
dan tingkah laku pun luar biasa sopan dan dikawal semua pergerakan. Ayat2 pun
direka2 berhari2 lamanya… semua ini untuk memasikan permohonan atau pekerjaan
yang dihayati dalam genggaman.
Saat
kita memohon daripada Allah s.w.t. dengan berbagai kehendak dan keperluan,
adakah kita juga begitu teliti tentang segala adab2nya? Sepatutnya berhadapan
dengan Allah s.w.t. kita perlu lebih cerewet dengan persiapan sebelum, semasa
dan selepas berdoa. Malah adab2 ini meliputi adab2 lahir dan batin.
SEBELUM
Ø Bertaubatlah sebanyak2nya dengan taubat
nasuha.
Ø Sediakan hati bahawa Allah s.w.t.
bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukanNya.
Ø Sebaik2nya berada dalam keadaan suci
daripada hadas dan berwudhuk.
Ø Menghadap kiblat jika tiada halangan
Ø Memilih waktu, hari, tempat atau
keadaan yang mustajab untuk berdoa. Contoh masa: ketika berbuka, waktu sahur,
antara dua khutbah, ketika dalam musafir, bila terasa diri teraniaya, sepertiga
akhir malam, waktu mula turunnya hujan… contoh hari: hari Arafah, Hari Jumaat,
sepanjang bulan ramadhan, Awal dan Akhir Tahun… contoh tempat: Di Mekah,
menghadap Multazam, di Hijr Ismail, contoh keadan: ketika sujud…
Ø Mengangkat kedua-dua belah tangan
hingga nampak ketiak (lelaki) dan menyapu kedua2 tangan ke muka setelah usai
berdoa.
Ø Digalakkan solat sunat Hajat dahulu
sebelum berdoa
Ø Pastikan makan minum dan segala punca
rezeki adalah halal. Sesunggunys Allah s.w.t. menolak doa orang yang dibesarkan
daripada sumber yang haram.
Ø Doa untuk orang lain tanpa
pengetahuannya adalah sangat dituntut.
SEMASA
Ø Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahhim
Ø Memula dan mangakhiri doa dengan memuji
Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Ø Berdoa dengan mengucapkan “Ya Rabb’
sebanyak 3 kali
Ø Mengakui dan menyesali dosa yang telah
dilakukan
Ø Tidak mengangkat suara ketika berdoa
Ø Berdoa dengan penuh perasaan takut dan
gerun akan kebesaran Allah s.w.t. serta khusyuk kepadaNya
Ø Berdoa dengan penuh perhatian dan
kesungguhan
Ø Guna bahasa ibunda jika perlu agar kita
lebih menghayati doa yang dipohon
Ø Ulangi doa yang dibaca…. Setiap waktu
solat, setiap hari…. Jangan berputus asa…
Ø Tidak memohon sesuatu keburukan
Ø Gunakan ayat yang ringkas tapi padat
Ø Diharuskan juga bertawassul dengan amal
soleh yang pernah dilakukan. Sepertimana kisah 3 sahabat yang terperangkap di
dalam gua.
SELEPAS
Ø Menyapu muka dngan tangan setelah
selesai berdoa
Ø Mengaminkan doa yang dibaca
Ø Bersangka baik Allah s.w.t. akan
memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti akan ada alternatif lain yang Allah
s.w.t. akan berikan sama ada kita sedar atau tidak
Ø Bersabar menanti jawapan Allah terhadap
doa yang dipohon.
wallahu'alam
semoga bermanfaat dan dimanfaatkan
No comments:
Post a Comment