Syukur
alhamdullilah kakchik masih berpeluang menulis di laman blog ini. Lagi banyak kita membaca atau menadah kitab
atau sekadar hadir di majlis2 ilmu lagi
banyak yang kita tahu bahawa kita tak tahu banyak perkara… dan semakin kita
insaf ceteknya ilmu di dada tetapi perasaan macam dah pandai mudahnya nampak salah orang dari kelemahan
diri sendiri. Lagi banyak kita tahu lagi
takjub jadinya kerana Islam ni ternyata syumul… sempurna… lengkap… dari
sekecil2 hal hingga yang sebesarnya semua diberi tunjuk ajar kalau tidak dari
al-Quran dari sunnah dan hadis Rasulullah.
Kali
ini kachik nak bawa adab memakai dan melepaskan pakaian dan alas kaki (stoking,
kasut, selipar, capal dan seangkatan dengannya) yang kakchik kutip dari buku
Al-Azkar tulisan Al-Imam An Nawawi. Ish
bayangkan cara pakai baju pun Allah ajar kita… bukan susah sangat rupanya nak
kumpul pahala… ikut aturan yang Allah beri… insyaAllah.
Ok
ini adabnya..
Disunatkan
memulai apa jua perkerjaan (yang baik) dengan menyebut Bismillah. Pakai
pakaian, alas kaki, seluar dan lain-lain yang serupa, dengan mengambil posisi
kanan dan membukanya dengan mengambil posisi kiri. Demikian juga dalam bercelak, bersugi,
memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, cukur kepala, mengucapkan
salam dalam solat, masuk ke masjid, keluar dari jamban, berwuduk, mandi, makan,
minum, berjabat tangan, member isyarat kepada hajratul aswad, menerima
pemberian, member sesuatu kepada orang lain dan banyak lagi…
Dari
Aisyah r.a., ia berkata:
“Rasulullah s.a.w sangat mengagumi posisi
kanan pada semua urusan2nya, pada bersuci, menyisir rambut dan memasang alas
kaki” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Tangan kanan Rasulullah s.a.w. adalah untuk
bersuci dan makan. Dan tangannya yang
kiri untuk kamar kecil dan sesuatu yang kotor,” (Riwayat Abu Daud dan lain2 dengan isnad
Sahih)
Dari
Hafshah r.a.:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menjadikan tangan
kanannya untuk makanannya, minumannya, dan pakaiannya. Dan ia jadikan tangan kirinya untuk yang lain
dari itu.” (Riwayat Abu Daud dan
Baihaqi)
Dari
Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w.,
ia bersabda:
“Apabila kamu berpakaian
dan apabila kamu berwuduk mulailah dari (anggota) kanan.” (Hadis Hassan riwayat Abu Daud, Turmudhi,
Ibnu Majah dan Baihaqi)
Mudahkan. Mulakan dengan anggota kanan insyaAllah dapat
pahala. Pemurahnya Allah. Allah tahu kita ni banyak sungguh dosa. Dengan benda2 remeh2 macam ni pun boleh bantu
kita kutip pahala untuk ‘top-up’ pahala kita yang ciput ni.
wassalam
Semoga
bermanfaat dan dimanfaatkan
No comments:
Post a Comment