Wednesday, April 20, 2011

Kasih sayang Rasulullah kepada cucu2nya

Assalamu'alaikum.
Abu Hurairah berkata: “ kedua2 telingaku pernah mendengar dan kedua2 mataku pernah melihat Rasulullah mengambil Hassan dan Hussain dengan kedua tangannya, lalu kaki kaki Hassan atau Hussain berada di atas kaki baginda. Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud: “Naiklah wahai anak yang rendah, anak yang rendah dan bemata kecil (sebagai gurauan dan tanda sayang).” Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya di atas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda (mafhumnya): “ Bukalah mulutmu.” Rasulullah menciumnya dan bersabda: “ Ya Allah, cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya.” (Riwayat al-Tabrani no 2652)

Sunday, April 17, 2011

KEBERKATAN DALAM SUSU KAMBING

Assalamu’alaikum.
Catatan di blog kakchik kali ni kchik ‘cut and paste’ ja. Terima kasih kepada penulis asal.
Abu Ya’la, At Thabrani, Hakim meriwayatkan dari Qais bin Abi Nu’man r.a berkata, “Ketika Rasulullah S.a.w dan Abu Bakar berhijrah secara diam-diam, mereka melewati seorang budak yang sedang mengembala kambing. Rasul dan Abu Bakar meminta agar diberi susu perahan.”
“Aku tidak mempunyai seekor kambing pun yang dapat diperah. Bahkan ada seekor anak kambing yang sudah tidak mendapatkan air susu lagi sejak awal pada musim kemarau ini,” kata budak itu. Rasulullah bersabda, “Panggillah dombamu itu.” Lalu memegang kantung kelenjar susunya dan berdoa. Abu Bakar datang sambil membawa bejana. Rasul memerah susu, lalu diberikan kepada Abu Bakar, memerah lagi lalu diberikan kepada pengembala, lalu diperah lagi untuk meminumnya. Sang pengembala bertanya kehairanan, “Siapakah engkau ini? Demi Allah, aku belum pernah melihat orang sepertimu.”
“Aku adalah Muhammad, Rasulullah,” jawab baginda S.a.w.
“Engkaukah yang dianggap Quraisy telah menimpakan mala petaka?”
“Memang itu lah yang mereka katakan”
“Aku bersaksi bahawa engkau adalah seorang nabi. Apa yang engkau bawa adalah benar. Tidak ada yang dapat berbuat seperti yang engkau perbuat kecuali adalah seorang nabi.”

wallahu'alam.

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Keajaiban di rumah Jabir bin Abdullah r.a

Assalamu'alaikum
Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bercerita tentang kisah penggalian Khandaq, katanya, “Aku melihat rasa lapar yang sangat pada diri Nabi s.a.w. Aku segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan kami punya juga seekor haiwan kecil sebangsa anak kambing kacang.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit. Dalam penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras. Mereka datang menemui Rasul dan berkata, “Sebiji batu yang sangat keras sedang menghalangi penggalian.”
Rasulullah langsung segera turun. Sudah 3 hari kami semua tidak makan apa2, Keadaan baginda sendiri, berdiri dengan mengikat perutnya dengan batu. Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh nabi yang kemudian hancur berkeping-keping. Sesudah itu aku segera berkata kepada Rasulullah S.a.w, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke rumah.”Baginda pun mengizinkan aku pulang. Sampainya di rumah aku bertanya kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai sesuatu?
“Kita hanya ada gandum dan anak kambing betina,” jawab isteriku. Tanpa bertangguh anak kambing itu segera aku sembelih dan gandumnya ku masak. Dagingnya ku letakkan dalam periuk lalu aku menemui Rasulullah S.a.w. Isteriku berkata, “Janganlah kau membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit”.
Setelah bertemu aku berbisik pada Rasulullah, “Wahai Rasulullah s.a.w kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal jangan lebih dari sepuluh orang.”
Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai sedikit makanan yang telah kami buat. Kemarilah engkau wahai Rasulullah bersama seorang atau dua orang sahaja.”
Sabda baginda S.a.w, “Katakanlah kepada isterimu agar periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu juga dengan adunan rotinya sampai aku datang. ” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan. Marilah semuanya segera ke mari!”
Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, Sungguh teruklah kita, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”
“Apakah baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.
“Ya”, jawabku.
“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Aku pulang ke rumah. Rasulullah s.a.w pula datang bersama semua orang. Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu memberkatinya. Kemudian rasulullah s.a.w menuju ke periuk kami, meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda kepada Jabir, “panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya bersama isterimu.”
Baginda s.a.w juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”
Mereka datang bersama Rasulullah s.a.w seramai kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Setelah semuanya pulang dengan kenyang, periuk kami dan adunan roti kami masih seperti mula-mula tadi. Baginda S.a.w bersabda, “Makanlah dan hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan memberikannya kepada jiran tetangga. Dan dalam riwayat lain disebutkan “Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga. Dan setelah Rasulullah s.a.w keluar, maka makanan itu pun habis pula.” Di ambil dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
SubhanaAllah. Kachik difahamkan bangsa arab ni makan kambing seekor sorang. Bukan mcm kita seekor kambing leh buat kenduri kecil. Tu la bila Jabir b Abdullah sembelih seekor kambing risaunya amatlah sangat, kira makan lekat celah gigi ja. Tapi nak bukitinya hebatnya Rasul kita, lauk seperiuk kecik leh kasi makan seribu orang. Hebat2. Ada orang bagi petua suruh amal satu doa ni, insyaAllah makanan kita sentiasa cukup tak kira berapa orang yang datang. Tapi dulu buat tak endah jadi doa tu hilang macam tu ja. Kalau ada sahabat2 di luar yang tahu doa tu, kongsi di blok kachik ya. JazakAllahukhoir.
Wassalam.

Saturday, April 9, 2011

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.


Assalamu'alaikum

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wallahualam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Friday, April 8, 2011

Hebatnya Rasulullah - 6

Assalamu'alaikum

Kali ini kachik nak kongsi satu kisah yang kachik dengar melalui rancangan tanyalah ustaz di TV9.

Ustaz tu kata hebatnya Rasulullah ni sebab mukjizat nabi2 terdahulu ada juga pada diri nabi kita. sebab tu la Rasulullah boleh faham bahasa binatang macam Nabi Allah Sulaiman.

Pada satu hari dalam satu perjalanan baginda bersama2 sahabat baginda, terserempaklah dengan seekor rusa yang terkena jerat. Maka rusa tu pun merayu pada Rasulullah s.a.w (hanya Rasulullah sahaja yang faham) minta bebaskan dia barang sebentar. Pagi tadi dia keluar awal mencari makanan dan tidak sempat menyusu anaknya.. tup2 dah terkena jerat. Dia janji akan pulang segeera sebaik sahaja selesai menyusukan anak2nya.
Sahabat2 terkejut bila Rasulullah melepaskan rusa itu, Walaupun Rasululah menceritakan permintaan rusa itu, mereka masaih ragu2 samada rusa itu akan menunaikan janjinya atau tidak. rasulullah bersabda bahawa beliau yakin dengan jajnji rusa itu. Tidak lama kemudian itu, memang rusa itu dtaang semula dan meninta Rasullalh mengikatnya semula di perangkap itu.
Rasulullah meminta mereka menunggu siapakah gerangan yang memasang jerat itu. tak lama kemudian kelihatan seorang lelaki datang untuk melihat jerat itu. Ternyata beliau seorang sahabat nabi. Maka Nabi pun menawar untuk membayar harga rusa itu sebagai balasan rusa itu dibebaskan kerana dia masih ada anak2 kecil.
Sahabat itu kata demi Allah dia akan bebaskan rusa itu dengan ikhlas dan tidak akan menuntut sebarang pampasan.
Rusa tu pulak bila dah beabs tak mau pergi, walaupun di suruh oleh Rasulullah. Maka Rasulullah pun tanya rusa tu. Jawabnya dia tak sanggup nak berpisah dengan rasul Allah. SubhanaAllah binatang pun sayang sangat dengan Rasulullah. KITA?
Rasulullah pun pujuk rusa tu, kamu masih ada keluarga yang memerlukankan kamu, pulanglah ke keluarga kamu itu yang lebih baik.
Barulah rusa tu beredar.

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

wassalam

Hebatnya Rasulullah - 5

Assalamu'alaikum

Rasulullah s.a.w. dalam setiap langkah dan geraknya sentiasa mendapat wahyu dari Allah s.w.t. Tiada sesuatupun yang terucap atau diperbuat oleh Rasulullah s.a.w kecuali dalam bingkai wahyu dari Allah s.w.t. Peristiwa2 yang terjadi merupakan sebahagian daripada mukjizat kenabian yang pernah dialami oleh Rasulullah s.a.w dan dilihat oleh para sahabat2. Melihat mukjizat merupakan suatu pengalaman yang menakjubkan dan di luar akal sihat. Peristiwa yang berlaku susah difahami oleh insan yang lemah kadar keimannya.

1. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan (Almustadrak ala shahihain hadits no.4177)

2. Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah. Berkata Utsman bin Abil Ash Asstaqafiy dari ibunya yg menjadi pembantunya Aminah ra bunda Nabi saw, ketika Bunda Nabi saw mulai saat saat melahirkan, ia (ibu utsman) melihat bintang bintang mendekat hingga ia takut berjatuhan diatas kepalanya, lalu ia melihat cahaya terang benderang keluar dari Bunda Nabi saw hingga membuat terang benderangnya kamar dan rumah (Fathul Bari Almasyhur juz 6 hal 583)
Riwayat shahih oleh Ibn Hibban dan Hakim bahwa Ibunda Nabi saw saat melahirkan Nabi saw melihat cahaya yg terang benderang hingga pandangannya menembus dan melihat Istana Istana Romawi (Fathul Bari Almasyhur juz 6 hal 583)
3. Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.
4. Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.
5. Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan. Mengikut satu kisah, nendanya menuturkan bahawa berhala2 yang ada di Kaabah tiba2 terjatuh dalam keadaan bersujud pada saat kelahiran Muhammad. Dia juga mendengar dinding Kaabah berbicara. "Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang2 kafir dan membersihkan diriku daripada beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat yang Merajai Seluruh Alam ini.
6. Kelahirannya ditandai dengan jatuhnya balkon istana Kisra, padamnya api-api sembahan suku Majusi, runtuhnya gereja-gereja di sekitar Bahira, dan adanya cahaya terang yang menyinari istana-istana di Syam. (Fathul Bari Almasyhur juz 6 hal 583)
Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.
Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.
Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, "Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.
Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."
Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.
7. Wanita pertama yang mengasuh dan menyusui Muhammad adalah Tsuwaibah (hamba Abu Lahab yang dimerdekankan dan disuruh menyusukan Rasulullah s.a.w) dan kemudian Halimatul Saadiah. Halimah menceritakan bahwa banyak keberkahan yang dia peroleh saat bersama Muhammad.
Pada saat Halimah pertama kali menerima dan menggendong Muhammad, dia seperti tidak merasakan beban apa-apa. Dia pun menuju keledainya dan membawa pergi Muhammad. Keledainya yang telah berjalan cukup jauh terlihat sangat kuat dan perkasa, tanpa lelah sedikit pun.
Setiba di rumahnya, di daerah Bani Sa’d. Halimah melihat bahwa tanah di tempatnya tumbuh dengan sangat subur; haiwan2 peliharaannya pun terlihat sangat kenyang dan sihat. Sangat berbeza dengan haiwan2 peliharaan tetangganya.
Di bawah asuhan Halimah, Muhammad membesar dengan baik. Bahkan di umur dua tahun, pertumbuhannya sangat pesat dibandingkan anak-anak yang lain. Hingga pada saat umur empat tahun terjadi peristiwa besar. 

Thursday, April 7, 2011

Biodata Nabi Muhammad SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kakchik berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. Kalu ada salah dan silap tolong perbetulkan.
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah (IBU SUSUAN)
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

Halimah Al-Saidiyyah (IBU SUSUAN)
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri tauladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (al-Ahzab:21)

Begitulah firman Allah yang menunjukkan bahawa susuk tubuh mulia seorang guru teragung untuk seluruh umat manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa dalam mendidik jiwa manusia dengan Islam sehingga kita merasakan keindahan Islam ini sehingga sekarang.
Ketika mendapat wahyu pertama daripada Allah di Gua Hira’ tempat dimana baginda mengasingkan diri daripada perbuatan jahil kaumnya dan untuk berkhalwat bersama Tuhannya. Menggigil seluruh tubuhnya ketika pulang ke rumah dan diselimuti oleh Siti Khadijah isterinya yang banyak berkorban harta benda demi Islam.

Sejak dari itulah perjuangan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh insan mulia ini dari dulu sehingga kini seluruh umat manusia mengkaguminya sebagai seorang tokoh yang sudah mengubah dunia.
Pengorbanan

Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah saw untuk diteruskan oleh kita umatnya. Bagaimana Rasulullah mengajar kita erti kesabaran dalam menghadapi rintangan dalam sebuah pekerjaan, mengajar kita beramal dengan segala kudrat yang ada pada kita dan mengorbankan apa sahaja yang termampu untuk menyebarkan agama mulia ini.

Lihat sahaja peristiwa hijrah yang menyaksikan Rasulullah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang sangat dicintainya kerana cintanya baginda kepada Islam dan umatnya. Ketika peristiwa hijrah ke Thoif yang menyaksikan kesabaran yang ditunjukkan oleh insan mulia ini walaupun diherdik dan disakiti oleh penduduk Thoif sehinggakan darah keluar dari kepala baginda sehingga ke buku lalinya.
Baginda sentiasa berada bersama-sama umatnya dalam keadaan senang mahupun susah. Ketika Perang Uhud yang menyaksikan Rasulullah saw dihimpit dengan serangan daripada pihak musuh sehinggakan patah dua batang gigi Rasulullah saw terkena panahan daripada musuh. Rasulullah merupakan insan yang sangat berani hinggakan bila keadaan perang di tahap genting, para sahabat semua berkumpul dibelakang baginda. Baginda turun bersama-sama tenteranya untuk menggali parit ketika Perang Khandak/ Ahzab. Baginda juga bersama-sama mengikat perut yang lapar bersama pengikutnya, biarlah dia orang yang pertama merasakan kelaparan tersebut.

Alangkah besarnya pengorbanan yang ditunjukkan kepada kita oleh susuk tubuh guru terangung sepanjang zaman ini. Begitu bersungguhnya baginda dalam perjuangan mendidik manusia menuju ke jalan Allah swt..
Wafatnya Insan Mulia

Ketika umat Islam masih memerlukan bimbingannya, Allah lebih sayangkan Baginda. Ketika itu terasa seperti dunia ini terlalu suram, sahabat-sahabat tidak tertahan dengan pemergiannya, Umar yang dianggap sebagai seorang yang garang akhirnya menitiskan air mata kesedihan melihat sekujur tubuh yang mulia yang tidak bermaya menunggu panggilan daripada Allah.

Sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir, sempat baginda membisikkan sesuatu kepada Saidina Ali, sepupu yang sangat dikasihinya. Dirikan solat, lindungilah kaum yang lemah dan umatku, umatku, umatku. Akhirnya baginda menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangkuan Aisyah. Bergenang air mata seluruh umat Islam ketika itu mengiringi pemergian seorang insan yang sangat mulia dan seorang guru teragung yang banyak mengajar kita tentang kehidupan dan perjuangan menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil.

Ya Allah kami tahu kami banyak melakukan dosa kepadaMu dan banyak meninggalkan suruhanMu. Ampunkan dosa kami, dan limpahkan rahmatMu keatas junjungan besar kami Nabi Muhammad saw dan berikan baginda kedudukan yang terbaik di sisimu dan kurniakan kami peluang untuk bertemu dengannya suatu hari nanti, sesungguhnya kami sangat merinduinya.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah nabi dan juga guru teragung buat kami.

Monday, April 4, 2011

Hebatnya Rasullullah - 4

Assalamu'alaikum

Ok kali ni nak cerita pengalaman Uqail bin Abu Thalib.

Satu hari Uqail bin Abu Thalib datang menziarah Abu Bakar as Siddiq. Sampai ja depan rumah Abu Bakar dia memaklumkan dia sudah melafazkan kalimah syahadah. Alhamdulillah dia dah dapat hidayah.

Uqail beritahu dia yakin Rasulullah itu pesuruh Allah setelah melalui 3 perkara aneh bersama Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar menjadi teruja. Cuba crita. Cuba crita.

"Pagi tadi saya dan Muhammad berjalan2 hingga ke pinggir kota. Di sana kami terjumpa sebuah sungai kecil. Muhammad mahu membuang air serta mengambil wuduk. Kawasan itu lapang maka Muhammad berasa malu. Kebetulan depan kami ada beberapa pokok kayu. Maka Muhammad pun menyuruh aku pergi kepada pokok2 itu danberitahu pokok2 tu yang Rasulullah s.a.w. meyuruh mereka datang kepada baginda sebagai pelindung kerana baginda hendak membuang air dan mengambil wuduk. Aku turut arahan Rasulullah dan tak semena2 pokok2 itu tercabut dari akarnya lalu membuat kepungan melindungi Rasulullah hingga selesai urusan baginda, Kemudian pokok2 itu kembali ke tempat asalnya."

Abu Bakar yakin pengalaman Uqail itu benar. Cuba crita selanjutnya.

"Kami kemudian meneruskan perjalanan hingga berasa letih dan dahaga. Bekalan air pun habis. Kami cari air hingga ke kaki bukit. Kali ni Muhammad menyuruh saya mendaki bukit itu dan memberi salam Rasulullah kepadanya dan mohon air untuk diminum sekiranya ada. Aku pun turut arahan Rasulullah. Lalu bukit itu menjawab :" Katakanlah semenjak Allah menurunkan ayat yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, jagalah dirimu serta keluargamu daripada seksa api neraka yang bahan apinya daripada manusia, kayu dan batu", saya menangis kerana takut saya yang akan dibakar hingga tiada lagi air pada saya."

Abu Bakar yakin dengan pengalaman Uqail. Cuba crita peristiwa ke 3.

Uqail menangis kerana terharu dengan peristiwa yang terjadi. Dia sambung. " Saya sambung perjalanan dengan Muhammad hingga sampai di sebuah perkampungan. Tiba2 datang seekor unta minta perlindungan dari baginda. Tak lama nampak seorang lelaki pegang pedang sambil mengejar unta itu. Muhammad tanya lelaki itu nak buat apa dengan unta tu. Dia jawab, dia dah beli unta itu dengan harga yang mahal tapi unta tu tak mau jinak.. jadi lebih baik sembelih dan bahagi2 kat siapa yang mahu. Muhammad langsung bertanya unta tu kenapa dia tak mau taat pada tuan dia. Unta tu jawab, macam nak patuh, dia selalu memukul saya dan saya sering tak cukup makan. Paling saya benci ialah tuan saya tidak mahu menyembah ALlah. Sekiranya tuan saya melafazkan syahadah di hadapan kamu, Muhammad, saya akan patuh dan taat kepadanya. Tuan itu menangis dan mengucap 2 kalimah syahadah.

Subhanallah. AllahuAkbar. Hebatnya Rasul kita.

Wallahu'alam.

Sunday, April 3, 2011

Hebatnya Rasullullah - 3

Assalamu'alaikum

Kakchik cerita lagi ya.. tak layak jadi penulis buku sebab bahasa tak skima apalagi puitis... namun niat kakchik agar cinta kita pada Rasulullah semakin mendalam.

Abu Jahal tak tenteram.. siang malam asyik fikirkan cara bagi membunuh Muhammad. Tiba2 dia teringatkan seorang raja Syam bernama Habib bin Malik. Raja ni terkenal dengan sifat bengis dan zalimnya. Dia rasa raja ni layak benar untuk menyelesaikan segala musibah yang dihadapinya sekarang. Beliau menjemput raja Habib datang ke Mekah. Dijanjikannya layanan VVIP dan pelbagai hadiah yang mahal2. Raja Habib pun bersetuju dan datang memenuhi jemputan dengan diiringi seribu orang pengawal.
Keesokkannya Abu Jahal pun mengadulah nasib malang yang menimpa penduduk Mekah. Di ceritakan tentang seorang lelaki bernama Muhammad yang sedari kecil baik tingkahlaku, jujur dan amanah serta tak pernah bercakap bohong. Tetapi selepas meningkat umur 40 tahun, pemuda ini mengaku yang dia adalah pensuruh Tuhan dan menghina tuhan mereka.
Raja Habib terus memerintahkan Muhamamd datang mengadap atau tenteranya akan menangkapnya.

Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah. Abu Bakar dan Khadijah berbincang samada nak pergi atau tidak. Raja itu bengis sekali. Kalau tidak pergi, akan ditangkapnya. Kalau pergi pasti di bawa pulang ke Syam. Namun Rasulullah tenang kerana yakin Allah akan melindunginya dari sebarang bencana. Semasa pergi mengadap Rasulullah memakai jubah merah dab serban hitam.

Allah Maha Kuasa, sebaik saja melihat wajah Rasulullah s.a.w., Raja Habib berubah menjadi lembut hati. Dia menjemput Rasulullah, Abu Bakar dan Khadijah duduk disampingnya.
Raja Habib mula bertanya "Benarkah kamu mengaku menjadi pensuruh Tuhan?" "Benar" jawab Rasulullah. "Siapa tuhan kamu?" tanya Raja Habib lagi. "Allah" jawab Baginda.
"Mengikut nabi2 yang lain, sekiranya kamu benar seorang nabi pastinya kamu juga mempunyai mukjizat. Saya mahu matahari terbenam sebelum waktunya. Bulan kemudiannya terbit lalu turun ke bumi. Bulan itu pulak akan terbelah dua dan masuk ke dalam jubah kamu lalu keluar melalui lengan baju kanan dan lengan baju kiri. Kemudian bulan itu akan tercantum semula di atas kepala kamu dan mengucapkan kalimah syahadah membenarkan kenabian kamu lalu kembali ke angkasa dan terbenam. Matahari terbit kembali dan keadaan kembali normal" arah Raja Habil
Rasulullah tidak bongkak langsung. "Dengan izin Allah, pasti terjadi" kata baginda. Ujar baginda lagi "Sekiranya apa yang tuan sebutkan benar2 terjadi, adakah tuan akan beriman kepada Allah?" "Ya, barulah saya yakin." jawab Raja Habib.

Abu Jahal terus memintas dan berkata" Tetapi sekiranya kamu gagal, tuan mesti bawa dia balik ke Syam atau bunuh saja Muhammad."

Rasulullah s.a.w pun mendaki Bukit Kubais lalu berdoa kepada Allah s.w.t. agar menunjukkan kekuasaanNya kepada Raja Habib dan orang ramai. Malaikat Jibril datang lalu menyampaikan firman Allah yang bermaksud
"Wahai kekasihKu, janganlah engkau takut dan janganlah engkau bersedih hati kerana Aku bersamamu di mana pun engkau berada. Aku sudah mengetahui sejak mula apa yang diminta oleh Raja Habib. Pergilah kepada mereka, tunjukkan ayatKu. bentangkan secara jelas dan tegas risalahmu. Ketahuilah, yang Aku sudah menempatkan matahari, bulan, malam dan siang di bawah perintahmu. Dan ketahuilah yang anak perempuan Habib akan Aku sembuhkan daripada penyakit lumpuh dan kedua2 matanya yang buta telah pulih semula."
Orang ramai mula berkumpul. Ini peristiwa penting dan amat pelik. Bukti kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah lalu mengangkat tangan dan berdoa. Kemudian berlakulah kejadian yang luar biasa. Matahari dengan perlahan bergerak lalu terbenam. Hari terus bertukar malam dan sang bulan pun terbit lalu terbelah dua. Bulan yang terbelah dua itu masuk ke dalam jubah baginda dan keluar melalui lengan baju kanan dan kiri. Bulan itu bercantum semula di atas kepala baginda dan mengucapkan kalimah syahadah mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Bulan itu langsung bergerak ke tempat asal sebelum perlahan2 terbenam dan matahari terbit semula dan hari menjadi normal kembali.

Orang ramai terpegun..
Abu Bakar tersenyum. Dia memang pasti Allah akan memberi bantuan kepada kekasihNya itu.

Rasulullah turun dan bertemu Raja Habib yang juga masih terkedu. Dia memuji kehebatan Rasullulah s.a.w. Abu Bakar mencelah yang semua berlaku dengan kekuasaan Allah jua bukannya kuasa Muhammad.

Rasulullah s.a.w. menghampiri Raja Habib dan memaklumkan bahawa anak perempuannya telah sembuh dari penyakit lumpuh dan kedua2 matanya juga telah boleh melihat semula. Raja Habib betul2 terkejut. Rahsia penyakit anaknya tersimpan rapat dikalangan orang istana sahaja. Ternyata Muhammad ini benar2 pesuruh Allah. Lalu dia pun melafazkan kalimah syahadah dan diikuti oleh pengikut2nya.

Sekembali dia ke istananya, dia disambut oleh anak perempuan yang benar2 telah sembuh penyakit lumpuh dan buta mata seperti mana diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Anak perempuannya juga telah memeluk islam. Camna puteriku boleh tahu tentang kalimah syahadah ini? Jawab puterinya semasa tidur dia bermimpi berjumpa dengan seorang pemuda yang memberitahu ayahanda telah memeluk islam dan jika dia juga melafazkan kalimah syahadah penyakitnya semua akan sembuh. Jadi dalam mimpi itu dia pun mengucap 2 kalimah syahadah. Bila bangun ja dari tidur, benar2 penyakit lumpuhnya sudah sembuh dan matanya boleh melihat.

Raja Habib terus sujud syukur.

SubhanaAllah.

wallahu'alam
Semoga iman kita kian subur.

wassalam

Hebatnya Rasullullah - 2

Assalamu'alaikum

Kakchik sambung lagi ya dengan kisah lain semoga kecintaan kita terhadap Rasulullah semakin membara.

Abu Jahal malu dan sedih sebab orang ramai mentertawa2kannya. Mana tidaknya, dia dengan besar diri mengumumkan bahawa dia akan menghempapkan seketul batu besar ke atas kepala Rasullulah. Semua yang mendengar terkesima. Biar betul mamat ni... semua tahu sesiapa yang membunuh akan mendapat pembalasan dari keluarga yang dibunuh... tapi Abu Sufian memberi jaminan akan melindungi Abu Jahal ditambah pula orang ramai meyokong maka lagi membaralah semangat Abu Jahal nak membunuh Muhammad.

Dia perhatikan gerak-geri Muhammad. Pelahan2 dia bergerak ke arah baginda yang sedang sujud. Ditangannya ada seketul batu sebesar kepala orang. Dia bangga orang ramai sedang memerhatikan dia membunuh Rasulullah dengan tangannya sendiri. Dia angkat batu tu tinggi2. Tiba2 dia terkejut dan batu itu terlepas dari genggamannya. Dia menggigil lalu berlari ke arah orang ramai. Ada unta besar hendak menendang saya teriaknya. Ia tiba2 muncul betul2 di hadapan saya. Orang ramai tertawakannya. Alah kamu hanya mereka-reka cerita saja. Kami semua tak nampak pun unta besar tu.. Sia2 sahaja kami berkumpul ramai2 di sini.

Sekali lagi Allah melindungi kekasihNya.
SubhanaAllah.
Wallahu'alam

Hebatnya Rasullullah - 1

Salam ukhwah.

Kakchik tak pandai bercerita. Cuma dalam bulan ini kakchik cuba nak hadirkan rasa kasih sayang kepada Rasullullah, rasa takjub dan yakin yang memang Rasullullah sebenar2nya Pesuruh Allah.

Abu Lahab memang diketahui umum sangat membenci Rasullulah. Macam2 perkara yang dibuatnya untuk menyakiti hati Rasulullah, namun Allah sayangkan kekasihNya. Tak mungkin sebarang mudharat boleh menyakiti Rasulullah tanpa izinNya.

Satu hari Abu Bakar dalam perjalanan ke Masjidil haram melintas di perkarangan rumah Hindun isteri si Abu Hakam (Abu Jahal). Dengan bangganya sambil tertawa Hindun memaklumkan bahawa Abdul Uzza (Abu Lahab) telah memasang perangkap untuk memberi pengajaran kepada Rasulullah. Hatinya sangat sakit dengan wahyu Allah dalam surah al-Lahab (al-Masad 111:1-5).
Abu Bakar terus merasa bimbang dengan keselamatan Rasulullah. Beliau bergegas ke rumah Rasulullah tetapi Khadijah memaklumkan Rasulullah memenuhi jemputan Abu Lahab ke rumahnya. Abu Bakar semakin cemas. Namun Khadijah dengan tenang berkata jangan bimbang wahai Abu Bakar, Muhammad pasti dipelihara oleh Allah.

Namun Abu Bakar tetap bimbang lalu terus ke rumah Abu Lahab. Dipertengahan jalan beliau bertembung dengan Hindun. Abu Bakar menawarkan seratus dirham sekiranya Hindun sanggup memberitahu perangkap apa yang menanti Rasulullah. Hindun yang tamak, tertarik dengan tawaran itu. Setelah wang seratus dirham itu berada dalam genggamannya, Hindun pun memberitahu, "Abdul Uzza sudah mengali sebuah lubang di tepi katil tempat tidurnya. Lubang itu ditutp dengan kain. Dia akan berpura2 sakit lalu menjemput anak saudaranya itu hampir kepadanya, Apabila Muhammad terjatuh ke dalam lubang itu maka beberapa orang pemuda akan menimbus lubang itu dengan tanah dan Muhammad akan berkubur di dalam lubang itu."

"Celakalah kamu wahai Abu Lahab" kata Abu Bakar dengan marah.

Hindun hanya tertawa. Kamu sudah terlambat, aku sudah melihat Muhammad memasuki rumah Abu Lahab. Mungkin sekarang sudah ditimbus tanah.

Allah sayang Muhammad. Sebaik sahaja melangkah masuk dilihatnya bapa saudaranya itu terbaring di atas katil sambil berselimut. Abu Lahab lantas mengerang kesakitan dan meminta Muhammad mendekatinya. Tatkala itulah malaikat Jibrail datang memberitahu tentang rancangan licik Abu Lahab. Lantas Baginda mundur ke belakang tidak jadi menghampiri pamannya itu.

Abu Lahab mengerang terus dan memanggil2 Muhammad supaya mendekatinya dan memicit2 kepalanya. Namun Rasullulah enggan dan meminta izin pulang. Abu Lahab amat marah lalu bangun hendak memukul Rasulullah s.a.w. Oleh kerana tersangatnya marahnya.... dia lupa perangkapnya sendiri. Kakinya terpijak kain lalu jatuh ke perangkapnya sendiri.. Mendengar ada bunyi orang terjatuh ke dalam lubang maka beberapa orang pemuda yang bersembunyi di sebalik dinding meluru menimbus tanah ke dalam lubang. Disangka mereka Nabi Muhammad ada di dalam.
Abu Lahab terpaksa menjerit2 memberitahu pemuda2 itu yang dia yang ada di dalam lubang itu bukannya Muhammad. Abu Bakar yang baru tiba mentertawakan Abu Lahab kerana terperangkap dalam perangkap sendiri lalu mengajak Rasullulah pulang.

Hebatnya Rasulullah.
Bukti kuasa Allah tiada tolok bandingnya.

Wallahu'alam

Friday, April 1, 2011

Ciri-ciri Nabi Muhammad Saw

Assalamu'laikum...

Diriwayatkan dari Rabi'ah bin Abd Al Rahman : aku pernah mendengar Anas bin Malik mendeskripsikan Nabi Saw dengan berkata ; "tingginya sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; kulitnya kemerahan, tidak putih benar dan tidak coklat benar; rambutnya tidak ikal dan tidak pula lurus. Wahyu Illahi (pertama kali) diturunkan ketika usianya mencapai empat puluh tahun. Ia tinggal di Makkah sepuluh tahun setelah menerima wahyu, dan di Madinah lebih kurang selama sepuluh tahun juga. pada saat wafatnya, uban pada janggut dan rambut kepalanya yang mulia tidak lebih dari dua puluh helai."

wallahu'alam

semoga bersemi cinta kita pada Rasulullah