Salam ukhwah.
Kakchik tak pandai bercerita. Cuma dalam bulan ini kakchik cuba nak hadirkan rasa kasih sayang kepada Rasullullah, rasa takjub dan yakin yang memang Rasullullah sebenar2nya Pesuruh Allah.
Abu Lahab memang diketahui umum sangat membenci Rasullulah. Macam2 perkara yang dibuatnya untuk menyakiti hati Rasulullah, namun Allah sayangkan kekasihNya. Tak mungkin sebarang mudharat boleh menyakiti Rasulullah tanpa izinNya.
Satu hari Abu Bakar dalam perjalanan ke Masjidil haram melintas di perkarangan rumah Hindun isteri si Abu Hakam (Abu Jahal). Dengan bangganya sambil tertawa Hindun memaklumkan bahawa Abdul Uzza (Abu Lahab) telah memasang perangkap untuk memberi pengajaran kepada Rasulullah. Hatinya sangat sakit dengan wahyu Allah dalam surah al-Lahab (al-Masad 111:1-5).
Abu Bakar terus merasa bimbang dengan keselamatan Rasulullah. Beliau bergegas ke rumah Rasulullah tetapi Khadijah memaklumkan Rasulullah memenuhi jemputan Abu Lahab ke rumahnya. Abu Bakar semakin cemas. Namun Khadijah dengan tenang berkata jangan bimbang wahai Abu Bakar, Muhammad pasti dipelihara oleh Allah.
Namun Abu Bakar tetap bimbang lalu terus ke rumah Abu Lahab. Dipertengahan jalan beliau bertembung dengan Hindun. Abu Bakar menawarkan seratus dirham sekiranya Hindun sanggup memberitahu perangkap apa yang menanti Rasulullah. Hindun yang tamak, tertarik dengan tawaran itu. Setelah wang seratus dirham itu berada dalam genggamannya, Hindun pun memberitahu, "Abdul Uzza sudah mengali sebuah lubang di tepi katil tempat tidurnya. Lubang itu ditutp dengan kain. Dia akan berpura2 sakit lalu menjemput anak saudaranya itu hampir kepadanya, Apabila Muhammad terjatuh ke dalam lubang itu maka beberapa orang pemuda akan menimbus lubang itu dengan tanah dan Muhammad akan berkubur di dalam lubang itu."
"Celakalah kamu wahai Abu Lahab" kata Abu Bakar dengan marah.
Hindun hanya tertawa. Kamu sudah terlambat, aku sudah melihat Muhammad memasuki rumah Abu Lahab. Mungkin sekarang sudah ditimbus tanah.
Allah sayang Muhammad. Sebaik sahaja melangkah masuk dilihatnya bapa saudaranya itu terbaring di atas katil sambil berselimut. Abu Lahab lantas mengerang kesakitan dan meminta Muhammad mendekatinya. Tatkala itulah malaikat Jibrail datang memberitahu tentang rancangan licik Abu Lahab. Lantas Baginda mundur ke belakang tidak jadi menghampiri pamannya itu.
Abu Lahab mengerang terus dan memanggil2 Muhammad supaya mendekatinya dan memicit2 kepalanya. Namun Rasullulah enggan dan meminta izin pulang. Abu Lahab amat marah lalu bangun hendak memukul Rasulullah s.a.w. Oleh kerana tersangatnya marahnya.... dia lupa perangkapnya sendiri. Kakinya terpijak kain lalu jatuh ke perangkapnya sendiri.. Mendengar ada bunyi orang terjatuh ke dalam lubang maka beberapa orang pemuda yang bersembunyi di sebalik dinding meluru menimbus tanah ke dalam lubang. Disangka mereka Nabi Muhammad ada di dalam.
Abu Lahab terpaksa menjerit2 memberitahu pemuda2 itu yang dia yang ada di dalam lubang itu bukannya Muhammad. Abu Bakar yang baru tiba mentertawakan Abu Lahab kerana terperangkap dalam perangkap sendiri lalu mengajak Rasullulah pulang.
Hebatnya Rasulullah.
Bukti kuasa Allah tiada tolok bandingnya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment