Assalamu'alaikum
Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bercerita tentang kisah penggalian Khandaq, katanya, “Aku melihat rasa lapar yang sangat pada diri Nabi s.a.w. Aku segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan kami punya juga seekor haiwan kecil sebangsa anak kambing kacang.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit. Dalam penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras. Mereka datang menemui Rasul dan berkata, “Sebiji batu yang sangat keras sedang menghalangi penggalian.”
Rasulullah langsung segera turun. Sudah 3 hari kami semua tidak makan apa2, Keadaan baginda sendiri, berdiri dengan mengikat perutnya dengan batu. Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh nabi yang kemudian hancur berkeping-keping. Sesudah itu aku segera berkata kepada Rasulullah S.a.w, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke rumah.”Baginda pun mengizinkan aku pulang. Sampainya di rumah aku bertanya kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai sesuatu?
“Kita hanya ada gandum dan anak kambing betina,” jawab isteriku. Tanpa bertangguh anak kambing itu segera aku sembelih dan gandumnya ku masak. Dagingnya ku letakkan dalam periuk lalu aku menemui Rasulullah S.a.w. Isteriku berkata, “Janganlah kau membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit”.
Setelah bertemu aku berbisik pada Rasulullah, “Wahai Rasulullah s.a.w kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal jangan lebih dari sepuluh orang.”
Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai sedikit makanan yang telah kami buat. Kemarilah engkau wahai Rasulullah bersama seorang atau dua orang sahaja.”
Sabda baginda S.a.w, “Katakanlah kepada isterimu agar periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu juga dengan adunan rotinya sampai aku datang. ” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan. Marilah semuanya segera ke mari!”
Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, Sungguh teruklah kita, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”
“Apakah baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.
“Ya”, jawabku.
“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Aku pulang ke rumah. Rasulullah s.a.w pula datang bersama semua orang. Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu memberkatinya. Kemudian rasulullah s.a.w menuju ke periuk kami, meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda kepada Jabir, “panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya bersama isterimu.”
Baginda s.a.w juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”
Mereka datang bersama Rasulullah s.a.w seramai kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Setelah semuanya pulang dengan kenyang, periuk kami dan adunan roti kami masih seperti mula-mula tadi. Baginda S.a.w bersabda, “Makanlah dan hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan memberikannya kepada jiran tetangga. Dan dalam riwayat lain disebutkan “Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga. Dan setelah Rasulullah s.a.w keluar, maka makanan itu pun habis pula.” Di ambil dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
SubhanaAllah. Kachik difahamkan bangsa arab ni makan kambing seekor sorang. Bukan mcm kita seekor kambing leh buat kenduri kecil. Tu la bila Jabir b Abdullah sembelih seekor kambing risaunya amatlah sangat, kira makan lekat celah gigi ja. Tapi nak bukitinya hebatnya Rasul kita, lauk seperiuk kecik leh kasi makan seribu orang. Hebat2. Ada orang bagi petua suruh amal satu doa ni, insyaAllah makanan kita sentiasa cukup tak kira berapa orang yang datang. Tapi dulu buat tak endah jadi doa tu hilang macam tu ja. Kalau ada sahabat2 di luar yang tahu doa tu, kongsi di blok kachik ya. JazakAllahukhoir.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment