Sunday, April 3, 2011

Hebatnya Rasullullah - 3

Assalamu'alaikum

Kakchik cerita lagi ya.. tak layak jadi penulis buku sebab bahasa tak skima apalagi puitis... namun niat kakchik agar cinta kita pada Rasulullah semakin mendalam.

Abu Jahal tak tenteram.. siang malam asyik fikirkan cara bagi membunuh Muhammad. Tiba2 dia teringatkan seorang raja Syam bernama Habib bin Malik. Raja ni terkenal dengan sifat bengis dan zalimnya. Dia rasa raja ni layak benar untuk menyelesaikan segala musibah yang dihadapinya sekarang. Beliau menjemput raja Habib datang ke Mekah. Dijanjikannya layanan VVIP dan pelbagai hadiah yang mahal2. Raja Habib pun bersetuju dan datang memenuhi jemputan dengan diiringi seribu orang pengawal.
Keesokkannya Abu Jahal pun mengadulah nasib malang yang menimpa penduduk Mekah. Di ceritakan tentang seorang lelaki bernama Muhammad yang sedari kecil baik tingkahlaku, jujur dan amanah serta tak pernah bercakap bohong. Tetapi selepas meningkat umur 40 tahun, pemuda ini mengaku yang dia adalah pensuruh Tuhan dan menghina tuhan mereka.
Raja Habib terus memerintahkan Muhamamd datang mengadap atau tenteranya akan menangkapnya.

Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah. Abu Bakar dan Khadijah berbincang samada nak pergi atau tidak. Raja itu bengis sekali. Kalau tidak pergi, akan ditangkapnya. Kalau pergi pasti di bawa pulang ke Syam. Namun Rasulullah tenang kerana yakin Allah akan melindunginya dari sebarang bencana. Semasa pergi mengadap Rasulullah memakai jubah merah dab serban hitam.

Allah Maha Kuasa, sebaik saja melihat wajah Rasulullah s.a.w., Raja Habib berubah menjadi lembut hati. Dia menjemput Rasulullah, Abu Bakar dan Khadijah duduk disampingnya.
Raja Habib mula bertanya "Benarkah kamu mengaku menjadi pensuruh Tuhan?" "Benar" jawab Rasulullah. "Siapa tuhan kamu?" tanya Raja Habib lagi. "Allah" jawab Baginda.
"Mengikut nabi2 yang lain, sekiranya kamu benar seorang nabi pastinya kamu juga mempunyai mukjizat. Saya mahu matahari terbenam sebelum waktunya. Bulan kemudiannya terbit lalu turun ke bumi. Bulan itu pulak akan terbelah dua dan masuk ke dalam jubah kamu lalu keluar melalui lengan baju kanan dan lengan baju kiri. Kemudian bulan itu akan tercantum semula di atas kepala kamu dan mengucapkan kalimah syahadah membenarkan kenabian kamu lalu kembali ke angkasa dan terbenam. Matahari terbit kembali dan keadaan kembali normal" arah Raja Habil
Rasulullah tidak bongkak langsung. "Dengan izin Allah, pasti terjadi" kata baginda. Ujar baginda lagi "Sekiranya apa yang tuan sebutkan benar2 terjadi, adakah tuan akan beriman kepada Allah?" "Ya, barulah saya yakin." jawab Raja Habib.

Abu Jahal terus memintas dan berkata" Tetapi sekiranya kamu gagal, tuan mesti bawa dia balik ke Syam atau bunuh saja Muhammad."

Rasulullah s.a.w pun mendaki Bukit Kubais lalu berdoa kepada Allah s.w.t. agar menunjukkan kekuasaanNya kepada Raja Habib dan orang ramai. Malaikat Jibril datang lalu menyampaikan firman Allah yang bermaksud
"Wahai kekasihKu, janganlah engkau takut dan janganlah engkau bersedih hati kerana Aku bersamamu di mana pun engkau berada. Aku sudah mengetahui sejak mula apa yang diminta oleh Raja Habib. Pergilah kepada mereka, tunjukkan ayatKu. bentangkan secara jelas dan tegas risalahmu. Ketahuilah, yang Aku sudah menempatkan matahari, bulan, malam dan siang di bawah perintahmu. Dan ketahuilah yang anak perempuan Habib akan Aku sembuhkan daripada penyakit lumpuh dan kedua2 matanya yang buta telah pulih semula."
Orang ramai mula berkumpul. Ini peristiwa penting dan amat pelik. Bukti kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah lalu mengangkat tangan dan berdoa. Kemudian berlakulah kejadian yang luar biasa. Matahari dengan perlahan bergerak lalu terbenam. Hari terus bertukar malam dan sang bulan pun terbit lalu terbelah dua. Bulan yang terbelah dua itu masuk ke dalam jubah baginda dan keluar melalui lengan baju kanan dan kiri. Bulan itu bercantum semula di atas kepala baginda dan mengucapkan kalimah syahadah mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Bulan itu langsung bergerak ke tempat asal sebelum perlahan2 terbenam dan matahari terbit semula dan hari menjadi normal kembali.

Orang ramai terpegun..
Abu Bakar tersenyum. Dia memang pasti Allah akan memberi bantuan kepada kekasihNya itu.

Rasulullah turun dan bertemu Raja Habib yang juga masih terkedu. Dia memuji kehebatan Rasullulah s.a.w. Abu Bakar mencelah yang semua berlaku dengan kekuasaan Allah jua bukannya kuasa Muhammad.

Rasulullah s.a.w. menghampiri Raja Habib dan memaklumkan bahawa anak perempuannya telah sembuh dari penyakit lumpuh dan kedua2 matanya juga telah boleh melihat semula. Raja Habib betul2 terkejut. Rahsia penyakit anaknya tersimpan rapat dikalangan orang istana sahaja. Ternyata Muhammad ini benar2 pesuruh Allah. Lalu dia pun melafazkan kalimah syahadah dan diikuti oleh pengikut2nya.

Sekembali dia ke istananya, dia disambut oleh anak perempuan yang benar2 telah sembuh penyakit lumpuh dan buta mata seperti mana diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. Anak perempuannya juga telah memeluk islam. Camna puteriku boleh tahu tentang kalimah syahadah ini? Jawab puterinya semasa tidur dia bermimpi berjumpa dengan seorang pemuda yang memberitahu ayahanda telah memeluk islam dan jika dia juga melafazkan kalimah syahadah penyakitnya semua akan sembuh. Jadi dalam mimpi itu dia pun mengucap 2 kalimah syahadah. Bila bangun ja dari tidur, benar2 penyakit lumpuhnya sudah sembuh dan matanya boleh melihat.

Raja Habib terus sujud syukur.

SubhanaAllah.

wallahu'alam
Semoga iman kita kian subur.

wassalam

No comments:

Post a Comment