Assalamualaikum.
Kchik nak kongsi artikel yang ditulis oleh
Ustaz Khairuddin bin Haiyon
Pen. Pengah Unit Penerangan dan Penerbitan
Bahagian Dakwah JAIS
Abu Laits as-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a ia berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesungguhnya Syurga akan diwangikan dan dihias setahun sekali bila masuknya bulan Ramadan. Maka apabila tiba malam yang pertama dari bulan Ramadan, bertiup sejenis angin yang dinamakan “al-Musirah” dari bawah Arasy Allah SWT. Lalu angin tersebut telah menerpa daun-daun pohon-pohon dan daun pintu syurga. Lalu mengeluarkan bunyi yang sangat merdu yang tidak pernah didengar oleh sesiapapun kemerduannya itu. Bunyian-bunyian tersebut telah mengejutkan Hurul Ain ( gelaran kepada bidadari dalam Syurga)menyebabkan mereka berdiri menjenguk dari atas syurga lalu mereka bertanya: “ Adakah ada orang yang datang untuk meminang kepada Allah agar ia dikahwinkan dengan salah seorang daripada kami?.
Kemudian mereka( bidadari) bertanya kepada Malikat Ridwan: “Malam apakah ini?. Malaikat Ridwan menjawab:” Wahai bidadari-bidadari yang cantik jelita! Ini adalah malam yang pertama bulan Ramadan”.
Allah SWT berfirman: “ Wahai Malaikat Ridwan!, bukanlah puntu-pintu syurga bagi orang yang berpuasa dari umat Nabi Muhammad s.a.w”. Wahai Malaikat Malek!Tutuplah pintu neraka Jahannam bagi orang yang berpuasa dari umat nabi Muhammad s.a.w”. Allah berfirman lagi: “Wahai Jibril! Turunlah ke mukabumi, belenggu kesemua syaitan-syaitan yang jahat dan rantaikan mereka serta campaklah mereka kedalam lautan , supaya mereka
tidak dapat merosakkan puasa umat kekasihKu Muhammad s.a.w”
Kemudian Allah SWT berfirman pada setiap malam dari bulan Ramadan tiga kali: “ Adakah dari kalangan hambaku yang meminta pasti akan diperkenankan, adakah dari yang bertaubat pasti diterima taubatnya dan adakah dari yang meminta keampunan pasti akan diampunkan”
Kemudian ada satu seruan:” Sesiapa yang menyimpan kepada orang yang kaya yang tidak akan papa yang tidak zalim?”.
Dan sesungguhnya bagi Allah pada setiap hari dari bulan Ramadan ketika berbuka akan membebaskan dari neraka sejuta orang yang patut masuk neraka. Dan apabila tiba malam dan hari jumaat, Allah SWT membebaskan dari api neraka sejuta orang setiap jam orang yang layak diazab. Apabila sampai pada hari yang terakhir dari bulan Ramadan, maka Allah membebaskan sejumlah orang yang dibebaskan dari awal Ramadan hingga akhir.
Maka apabila sampai kepada malam qadar, Allah SWT memerintahkan kepada Malaikat jibril untuk turun ke mukabumi dengan segerombolan dari para malaikat. Malaikat jibril turum membawa panji-panji yang berwarna hijau lalu diletakkan di atas kaabah. Malaikat Jibrim mempunyai 600 sayap sedangkan 2 sayapnya yang tidak pernah dikembangkan dan hanya di kembangkan pada malam qadar, maka sayapnya meliputi timur dan barat.
Lalu Malaikat Jibril mengurus para malaikat kepada umat ini ( umat nabi Muhammad s.a.w), lalu memberi salam keatas ( orang yang sedang beribadat) oaring sedang berdiri, duduk, solat, berzikir lalu berjabat tangan dan mengaminkan semua permintaan mereka sehingga terbit fajar.
Apabila telah terbit fajar, Malaikat Jibril berseru kepada sekalian malaikat, : “Wahai malikat-malaikat semua kembalilah kamu semua”. Ada kalangan malaikat bertanya kepada Jibril: “Apakah yang dilakukan oleh Allah kepada semua permintaan orang-orang mukmin dari umat nabi Muhammad S.a.w?. Jibril menjawab: “ Sesungguhnya Allah telah memandang mereka (dengan pandangan rahmat)serta mengampunkan dosa-dosa mereka kecuali 4 golongan”. Sahabat-sahabat bertanya: “ Siapakah 4 golongan tersebut wahai Rasulullah”. Nabi menjawab: “ Peminum arak, penderhaka kepada kedua ibu bapa, Pemutus hubungan kerabat dan al-musahin”. Sahabat bertanya :”Siapakan al Musahin itu wahai Rasulullah”. Rasulullah menjawab: “Sesama muslim yang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari”.
Apabila tiba malam hari raya, dinamakan malam tersebut dengan “ Malam menerima hadiah”. Dan apabila tiba pada pagi hariraya, Allah SWT mengutus para malikat untuk turun ke bumi, lalu mereka berdiri di tepi-tepi jalan dan bersuara dengan suara yang hanya didengar oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia: “Wahai umat nabi Muhammad s.a.w, keluarlah kamu menuju kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah, bahawa kamu akan diberikan hadiah dan diampunkan dosa”.
Apabila sampai di tempat solat aidil fitri, Allah Taala telah berfirman kepada malaikatnya, “Wahai maikatku : “ Apah upah kepada orang yang telah siap kerjanya?”.Maka jawab para malaikat: “ Ya Tuhan Kami! upahnya hendaklah dibayar secara tunai”
Lalu Allah SWT telah berfirman: “ Aku bersaksi kepadamu wahai para maikatKu, sesungguhnya aku Menjadikan ganjaran puasa dan solat mereka pada bulan Ramadan adalah keredhaanku dan keampunanKu”. Lalu Allah SWT telah berfirman: “ Wahai hamba-hambaKu, Mohonlah kepada Aku dan demi kemuliaanku dan keagonganKu, tiada ekamu semua meminta kepadaKu pada hari ini sesuatu dari maslahat ugama kamu dan dunia kamu melainkan Aku akan memberi kepada kamu”
Kesimpulan
Maka amat malanglah bagi orang yang tidak merasa apa-apa samada berada dalam bulan ramadan atau bukan Ramadan sedangkan Allah SWT memberikan banyak kelebihan ada anugerah didalamnya.