KENAPA SAYA PILIH ATOMY
[1] Penyertaan ke dalam bisnes Atomy adalah percuma
Ya, tiada sebarang bayaran untuk sertai perniagaan ini.
Bagi mereka yang sama seperti saya, selalu mencari-cari peluang perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar modal, di sini tempatnya. Saya yang tengah sesak sungguh2 tawakal join sbb percuma. Bagi saya tak rugi saya mencuba.
Syarat untuk jadi ahli di Atomy sangat mudah. Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, dan mempunyai kad pengenalan yang sah.
Seterusnya anda perlu isikan maklumat berikut, iaitu
Nama Penuh
Nombor kad pengenalan
Nombor Telefon
Alamat
Emel
Klik pada link Nak Daftar Atomy.
Dengan memberikan maklumat tersebut, anda sudah boleh sertai perniagaan ini. Anda tak boleh daftar sendiri kalau masih belum jadi ahli, sebaliknya anda perlu hubungi mana-mana individu yang dah pernah jadi ahli untuk bantu anda daftar ke dalam bisnes ini.
Kenapa pentingnya pendaftaran PERCUMA ini?
Untuk pengetahuan anda, individu yang memperkenalkan bisnes ini kepada anda tidak menerima sebarang komisen daripada penyertaan anda.
Kalau kita lihat, pada syarikat MLM lain yang ada di luar sana, mereka akan kenakan bayaran yuran penyertaan untuk mereka yang minat nak jadi ahli.
Daripada bayaran penyertaan itu pula, ahli yang baru join akan dapat beberapa produk, starter pack, katalog, pamplet dan sebagainya. Individu yang memperkenalkan bisnes tersebut pula akan dapat komisen daripada penyertaan ahli baru.
Walau bagaimanapun, konsep seperti ini ada beberapa kelemahan, antaranya
i. Yuran penyertaan mungkin agak mahal dan ahli baru tak mampu nak bayar
Upline akan menerima sedikit share daripada duit yang dibayar oleh ahli baru. Ini sebagai insentif bagi menggalakkan upline atau leader-leader untuk terus berkongsi peluang perniagaan. Al maklumlah, lagi banyak yang join, lagi banyak income boleh dihasilkan.
ii. Prospek tak jadi join sebab tak mampu untuk bayar yuran keahlian
Setelah kita menerangkan tentang marketing plan, strategi pemasaran dan sebagainya, tiba masa untuk kita ajak prospek untuk join team kita. Namun, ada satu lagi halangan, iaitu bayaran untuk jadi ahli. Dekat sini, ada tiga kerja yang kita perlu lakukan.
Pertama, yakinkan prospek bahawa sistem pemasaran syarikat adalah sangat baik. Kedua, kita tunjukkan betapa pelan pemasaran adalah terbaik, dan akhir sekali iaitu ketiga, yakinkan prospek bahawa bayaran yang perlu dilakukan adalah berbaloi-baloi.
Namun kalau prospek kita tu tadi memang tak mampu, semua penerangan yang kita lakukan akan jadi sia-sia sahaja.
iii. Ahli akan dapat produk yang dia sendiri belum tentu akan gunakan
Baiklah, kita andaikan yang prospek tu tadi bersetuju untuk join. Dia akan dapat starter pack. Apa yang terkandung dalam starter pack? Biasanya ada beberapa produk keluaran syarikat. Persoalannya ialah, adakah produk tersebut dia akan gunakan atau dia akan simpan dalam almari sahaja sampai tamat tempoh?
Maklumlah, produk yang dia dapat (dalam starter pack) adalah produk yang dia sendiri tak perlukan. Tak ada keperluan untuk dia guna produk tersebut, walau macam mana hebat sekali penerangan yang diberikan dalam sesi preview.
Berbeza dengan Atomy, tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Anda boleh join secara percuma sahaja. Setelah menjadi ahli, anda boleh lihat senarai produk yang terdapat pada shopping mall, dan boleh pilih nak beli mana-mana satu produk yang anda rasa berkenan di hati.
Langsung tak ada sebarang paksaan untuk anda beli. Masa saya join, juga tak ada siapa yang paksa saya untuk beli produk Atomy. Rangkaian produk Atomy adalah terdiri daripada produk dalam kategori kesihatan, kosmetik, keperluan harian dan banyak lagi.
Dekat bisnes ni, saya hanya perlu beli produk harian yang memang saya perlukan. Tidak seperti lain-lain bisnes, kalau saya join, mungkin saya terpaksa beli produk yang belum tentu saya akan guna. Tapi disebabkan nak buat bisnes punya pasal, terpaksalah terima juga.
iv. Buat bisnes tanpa perlu keluar modal!
Susah nak jumpa peluang bisnes yang kita boleh lakukan tanpa keluarkan sebarang modal. Lazimnya memang begitu, kalau nak buat bisnes mesti kena keluar modal. Tapi untuk sertai bisnes ini, tak payah bayar apa-apa. Kalau nak beli barang, nanti baru bayar untuk harga barang tersebut.
Bila sertai bisnes yang perlu keluar modal ini, kita mesti akan terfikir-fikir sendiri… bilalah agaknya akan balik modal? Boleh ke pulang modal nanti ini?
Sedar tak sedar, rupa-rupanya bukan sahaja lambat untuk balik modal, malahan kita kena keluar duit lebih banyak tanpa kita sedar. Tapi bisnes Atomy ini, uniknya kita tak perlu keluar modal. Boleh dilakukan secara santai-santai sahaja. No pressure.
Kita hanya perlu ubah tabiat dan kelaziman kita. Perlahan-lahan, kita ubah cara kita shopping, dengan bertukar kepada produk keluaran Atomy dan sambil-sambil tu kita bercerita kepada kenalan kita tentang peluang buat duit yang ada dalam bisnes ini. Itu sahaja. Saya akan cerita dengan lebih mendalam tentang buat duit dengan Atomy ini nanti, dalam post akan datang k.
NAK DAFTAR ATOMY. KLIK https://bit.ly/3mwtbsO
No comments:
Post a Comment