Ada satu ketika dahulu anak Kakchik pernah mengalami kesukaran untuk menceritakan kebesaran Allah pada anak. Astaghfirullahal azim! Rasa malu yg teramat sangat pada Allah. Kakchik mengaku kakchik orang islam tapi kakchik sendiri tak boleh nak terang konsep kebesaran Allah ni. Macamana lah kakchik nak berdakwah pada orang. Semoga Dia ampunkan kakchik.
Sedikit demi sedikit saya mulakan latihan. Setiap kali bercerita dengan anak, kakchik akan selitkan cerita tentang kebesaran Allah. Sedikit pun jadi lah…
Mula-mula, cakap perkara yang mudah dahulu pada anak..
Daripada perkataan simple ini, cuba kaitkan dengan apa yang ada di sekitar kita dan buat sedikit analisis. Kita boleh ambil contoh daripada anggota badan;
Lihat pada mata. Allah swt ciptakan mata di hadapan muka.
Kakchik tanya : Macam mana jika Allah ciptakan mata di belakang kepala. Mesti susah nak berjalan dan buat macam2 benda. kakchik terangkan
Tengok hidung pula.
kakchik tanya: Bagaimana kalau lubang hidung menghadap ke atas? Tentu bila hujan turun, air hujan akan masuk ke dalam hidung. Mesti susah kan? Setiap kali hujan, hidung kena pakai payung
Tengok rambut yang asyik memanjang aja walaupun digunting atau dibotakkan.
kakchik tanya: Bagaimana kalau bulu mata tak berhenti memanjang. Macamana kalau gigi atas terus panjang ke bawah dan gigi bawah terus tumbuh ke atas?
Dan banyak lagi, kebesaran Allah yang boleh diceritakan tentang anggota badan….
Kenapa jari-jari manusia tidak sama tinggi?
Bagaimana cap jari manusia boleh berbeza antara satu sama lain?
Kenapa mata ada kelopak mata?
Kenapa kita ada 2 telinga dan 1 mulut?
Allah Maha Mencipta dan Memelihara. Dia ciptakan makhlukNya dan Dia akan pelihara setiap ciptaanNya. Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.
Kesemuanya adalah bukti-bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa Allah swt Maha Berkuasa.
Kena yakinkan hati anak kekuasaan Allah swt. Allah swt boleh jadikan apa sahaja. Sedangkan makhluk tak dapat melakukan apa-apa tanpa keizinan daripada Allah swt.
Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk tukarkan siang dan malam. Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk turunkan hujan. Apabila Allah swt ciptakan gempa bumi dan thunami, tiada seorang manusia pun yang dapat mencipta mesin untuk menghentikannya.
Allah swt Maha Kuasa, makhluk tidak ada kuasa.
Ingatlah, semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah swt, maka semakin kerap juga lah iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat, mudah-mudahan, semakin mudah lah untuk kita mengamalkan perintah Allah. InsyaAllah
Alhamdulillah..teruskan mengingati kebesaranNya ; )
ReplyDelete- rusydee artz