Monday, February 7, 2011

ANAK ITU AMANAH ALLAH BUAT KITA

Assalamu’alaikum.. salam kasih sayang sesama islam.

Mak ngan abah nak buat kenduri kesyukuran hujung bulan ni.. jadi hujung minggu baru2 ni kchik balik kg.. itu ja cuti yang ada…. jadi curi masa tolong mengemas apa2 yang patut… tak rasa bersalah sangat kalau tak balik hingga hari kenduri… sambil ngemas2 seperti biasa mesti nak ‘recycle’ mana yang patut…  suratkhabar lama kadang2 abah jual tapi banyak abah beri ja pada warung2 jual roti canai, nasi lemak…
 
Satu dari suratkhabar lama tu menarik perhatian kchik.. kisah anak2 yang hilang tapi bila kemudian ditemui mayat2 mereka ini dibunuh dengan kejam.. ada yang mati dengan kayu semeter panjang berpaku 3 dihujung disumbat dalam kemaluan, ada yang mati kemaluannya dirobek2 hingga koyak ke lubang dubur… ada yang ditemui mati habis rosak pundi kencing, perut dan jantung..   takutnya sebab kachik sendiri ada 4 orang anak yang sedang membesar.. yang paling takut ialah kepada 2 puteri kchik..

Bila Islam tidak lagi bertakhta di hati maka syaitan mula mengambil alih kuasa… tak kira siapa yang membuat aniaya kepada kanak2 ini hukuman berat perlu diberikan.  Hududlah yang paking sesuai.  Hasil kajian dalam suratkahbar menyatakan 90% pelaku jenayah ini terdiri dari orang2 yang hamper dengan mangsa antaranya bapa, atok, abang, sepupu, bapa saudara (sumbang mahram), jiran2 tetangga, rakan baik ibu atau bapa.. Kajian juga menunjukkan perubatan moden juga tidak dapat mengesan punca terjadi kecelaruan ini di mana orang2 dewasa mempunyai kecenderungan seksual melampau terhadap kanak2 terkira jantina.  Mengikut kajian juga terapi tidak boleh memulihkan ‘pesakit’ ini sepenuhnya… jadi apa yang kita sebagai ibu bapa boleh buat ialah ambil langkah berhati2 dan pencegahan.

Jadi disini kchik nak beri pendapat kchik macammana kita boleh cuba halang perkara ini berlaku pada anak2 kita pula.    

Langkah Pertama Jaga Aurat

Dalam Islam, tuntutan menutup aurat boleh menghalang berlaku banyaknya permasalahan dalama masyarakat tetapi sayangnya hikmah syariat Allah ini kurang diketahui dan tidak dimabil endah.  Ulama menyamakan hukum kanak2 kecil seperti perempuan tua yang sudah tidak bernafsu dalam pertimbangan aurat mereka.  Hal ini dijelaskan dalam surah al-Nuur: maksudnya: “ Dan mana2 perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tiada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu) adalah lebih baik bagi mereka dan (ingatalah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  Surah An-Nurur:60.
Ini menunjukkan dengan jelas bahawa walaupun aurat kanak-kanak tidak wajib ditutup (ada pendapat kanak2 di bawah umur 4 tahun tiada aurat langsung) seperti orang dewasa, tetapi menjaga batas aurat dan pergaulan adalah lebih baik seperti dalam ayat di atas.
Nafsu manusia tidak boleh diduga.. jangan kita pulak yang menggalakkannya.  Kchik pernah jumpa seorang bapa yang membawa anak perempuannya yang comel dan montel.  Malangnya budak perempuan yang hanya berbaju ‘bebet’ (baju tali ikat dileher) dan ber’skirt’ mini ini didudukkan dalam ‘kerusi troli’ supermarket terkangkang mendedahkan pula seluar dalamnya.  Kchik seorang perempuan yang ‘tua’ ni pun rasa ‘semacam’ tengok aksi seksi budak tu tak tau lagi2 la pulak kotnya pada kaum adam.  Kita yang anak kita dari kecil dah hilang perasaan malu.  Banyak sungguh fesyen kanak2 sekarang ni.. yang cuit-muit terutamanya baju budak pompuan… skirt mini, singlet singkat, bikini, ala2 hindustan, hawaii, bertali belakang, ‘bebet’, dengan ropol2, tingkat2, reben2, bling2 semuanya sipamerkan agar anak2 kita nampak sungguh comel dan cantik dan mendapat pujian orang.

Kenapa kita nak guna pakai fesyen barat yang sah2 melanggar syariat islam dan sekaligus bakal mengundang musibah pada anak dan kita ibubapanya. 


 Kchik rasa kanak2 yang berpakaian sopan, bertudung lagi nampak ayu dan manis sekali.  Cuba tengok masa hari raya bila2 kanak2 dikenakan busana kurung raya dan bertudung…waduh2 comelnyaaaa…
Lagipun anak2 ini perlu diddidik berpakaian yang menutup aurat sejak kecil lagi.  Alah bias tegal biasa..

LANGKAH KEDUA - JAGA ADAB TIDUR

Rasulullah s.a.w. juga menetapkan adab tidur iaitu anak perempuan tidak dibenarkan tidur dengan anak lelaki.  Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud “ Perintahkanlah anak2 mu mendirikan solat ketika usia mereka tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika berusia sepuluh tahun (sekiranya mereka ingkar) dan pisahkan tempat tidur mereka.”  Riwayat Abu Daud dan Hakim.

Menurut hadis ini maka kita ibu bapa ni kenalah perihatin.  Pisahkan anak2 dari tempat tidur lelaki dan perempuan bila mereka berusia 10 tahun dan ada pendapat 4 tahun ke atas jika perlu.  Bimbang ketika tidur bercampur atas katil atau di dalam satu bilik yang sama, anak2 kita yang kian meningkat remaja ini mungkin teransang bila terlihat aurat sesame mereka ketika tidur atau ketika jaga.


Malah dari awal lagi Islam telah pun menggariskan panduan hubungan ibu bapa dan anak2 mereka agar terhindar dari terjerumus ke lembah hina.  Anak2 tidak dibenarkan tidur dengan ibu bapa apabila anak itu mencecah usia 4 tahu ke atas.

LANGKAH KETIGA – AWAS MASA LARANGAN

Anak2 juga dilarang memasuki bilik tidur ibu bapa pada waktu2 tertentu sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud “ Wahai orang2 yang beriman, hendaklah hamba2 kamu dan orang2 yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa: (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah solat isyak: itulah tiga masa bagi kamu (biasanya terdedah aurat kamu padanya).  Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemdian dari tiga masa yang tersebut ( kerana mereka) orang2 yang keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing2 sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.  Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat2Nya (yang menjelaskan hukum2Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”  Surah AN-Nuur: 58)
PAda waktu2 ini biasanya ibu bapa membukabaju, mandi, tidur, salin pakaian… ini boleh memelihara naak2 kita yang masih mentah dari  melihat aurat ibu bapa ketika di bilik tidur atau ‘adegan panas’ yang tidak boleh dipertontonkan depan anak2. 

LANGKAH KE EMPAT – JAGA BATAS PERGAULAN

Kanak2 masih ‘naif’ , mereka suka dipuluk, dicium dan dibelai.  Mereka tak tahu membezakan yang benar dari yang palsu..maka kita perlulah member tunjukajar.
Ajarkan anak2 kita agar berani untuk melaporkan sebarang perkara yang dilakukan oleh orang dewasa terhadap mereka tidak kira siapa orang dewasa itu.  Kita juga tidak boleh sewenang2nya percaya dan biarkan anak2 kita bersendirian dengan orang dewasa (terutamanya lelaki).  Pantau pergaulan mereka.
Beritahu mereka sekiranya perkara2 dibawah berlaku, lapor pada ibu bapa.  Budak2 ni masih tak pandai mereka cerita tentang ‘seksual’ lagi jadi kalau mereka mengadu kita kena ambil endah.
·         Ada orang yang memaksa memasukkan objek atau bahagian tubuh mereka ke dalam faraj, mulut atau dubur.
·         Ada orang menyentuh bahagian sulit mereka
·         Menunjukkan gambar2 lucah
·         Mengambil gambar mereka dalam aksi lucah
·         Menggalakkan anak2 itu menonton atau mendengar aksi seksual
·         Ada orang membuat panggilan lucah
·         Mencium tubuh anak2 termasuk kemaluannya
·         Ada orang yang mengintai dia mandi atau tidur
·         Ada orang yang menciumnya dengan ghairah
·         Ada orang yang mempamerkan aksi lucah, atau/dan anggota sulitnya
·          
Anak2 perempuan biarlah main dengan kwn2 perempuan, begitu juga dengan anak lelaki kita. 

Bukan nak berburuk sangka dengan orang tetapi kena ada sikit simpan perasaan ‘was-was’  supaya kita tak mudah lepas tangan.. orang2 yang ‘sakit’ ni perwatakannya macam kita2 juga.. mungkin lebih baik dari sesetengah orang hingga kita jadi yakin dan hilang rasa was2… macamana baik pun orang tu dia tetap manusia biasa yang ada nafsu… mungkin dia ok hari ni tup2 hari lain syaitan berjaya memujuk dia… macamana???
Kchik tengok dalam rancangan OPRAH, bila ya dah tak ingat…. Dalam isu minggu tu OPRAH bincang pasal 3 budak perempuan dan seorang budak lelaki ni.  Jiran sebelah rumah mereka tu baiknya kira pijak semut pun tak mati.  Rajin terlajak, berbudi bahasa, pemurah dll yang baik2 belakalah… kira rapat sesangat sampai dia bebas keluar masuk rumah jiran2 dan anak2 jiran pun kerap juga bermalam di rumah dia.  Kalau bermalam mesti jamu makan yang sedap2 tu yang budak2 4 orang ni suka sangat.  Hinggalah satu hari budak lelaki ni secara tak sengaja tercerita pada ibunya apa lelaki tu buat padanya.  Setiap kali lepas meliwat lelaki itu akan belikan apa sahaja hadiah yang dia impikan… Terkejut dengan kejadian itu dema panggil polis untuk siasat… rupa2nya dalam makanan yang dihidangkan dibubuh sejenis ubat tidur dan budak2 pompuan ni tak sedar jiran mereka ambil gambar aksi lucah mereka dan jual di internet.  Nasib baik dia tak rogol sekali budak2 tu dia gay rupa2nya…jadi budak lelaki tu ja jadi mangsa…  
Rupa2nya lelaki ni dah jadi jutawan sebab dalam koleksi dia ada puluhan ribu gambar kanak2.. Agak2 kerja dia mula timbul syak dia pindah cari jiran2 baru dan kanak2 baru…  Banyak yang jadi mangsa dikejiranan tu tapi 4 budak ni ja berani tampil bercerita di tv.  Niat mereka supaya kita jangan mudah percaya 100% pada sesiapa pun. 

LANGKAH KE LIMA - TAPIS RANCANGAN TELEVISYEN, INTERNET DAN CD serta VCD

Masa kchik belajar di England dulu, tahun 87 – 91, kerajaan Britain menetapkan undang2 “no tv after 11 pm for the children” bermakna kanak2 hanya boleh tengok tv sehingga jam 11 malam.  Sebab lepas tu tv di Britain menunjukkan cerita2 yang tak ‘sensor’… rancangan2 sebelumnya banyak berbentuk drama yang banyak cakap dari aksi, rancangan masak2, kraftangan, dokumentari dsbnya.. sekarang ni kchik tak tau la samada Britain masih mengekalkan polisi ini lagi  tapi kita di Malaysia sejak azali tak kira masa apa cerita yang boleh ‘jual’ ‘channel’ tu pasti mereka siarkan… lagi panas lagi tinggi ‘rating’ ‘channel’ tu lagi bagus…
Alah kalau sekadar tutup dengan kotak hitam segiempat di dada, dan perut bila artis2 berpakian agak lucah mana cukup….  Drama2 melayu pun kalau adengan atas katil, dulu sekat gak dengan bantal peluk la ni siap2 berpeluk2… jangan harap la filem Barat, Hindustan, Korea dsbnya nak tutup aurat…  memang dema jual filem guna pompuan2 seksi nilah dan  aksi2 panas dalamnya sebagai daya penarik..
Sekarang ni kalau nak tengok tv walaupun cita kartun pun kita kena tunggu tepi dan terapkan syariat Islam sebenarnya…
Begitu juga dengan cd dan vcd2 hati2… kita ni kadang2 banyak kerja nak dibereskan, beli cd dan biar anak2 kita tengok dok diam sat… biarlah kita bazir masa skit kena tunggu anak2 tengok tv dari kita bazir masa nak tarbiah semula anak kita kalau dah mula nak tiru adengan2 yang kita tak mau lihat..
Begitu juga dengan internet.  Alah main game ja.. huh game la ni yang bukan2 pun banyak… nampak macam yang biasa2 ja tapi sebaliknya… ada satu game ni kita kena selesaikan tahap  demi tahap… setiap akhir tahap tu ada gambar perempuan ni bukak baju… tahap seterusnya dia bukak seluar, tahap lain dia bukak baju dalam kira satu persatu la hingga kemuncak tahap permainan,  anak kita pun dah kemuncak nafsu dia… nauzubillah…
Dema puak kafir ni pun pandai (syaitan tolong sama pulak huh…lengkap).. sedap2 surf bahan ilmiah keluar iklan tak senonoh.. kadang boleh tengok free 2 3 keping aksi lucah, sebelum dema caj kalau nak tengok lebih… 2 3 keping dah cukup untuk merosakkan pemikiran anak2 kita…
You tube pun macam2 ada… kena selalu check ‘history’ supaya kita tau laman apa yang anak2 kita tengok semasa melayari internet..

Sama2lah kita jaga anak2 kita supaya anak2 kita tak dirosakkan orang ataupun merosakkan anak orang.  Semoga Allah sentiasa membimbing mereka ke jalan yang lurus dan sentiasa member taufik hidayah kepada mereka.

Wallahu’alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment