Tentu seronok bila dapat melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak, bukan? Anak-anak akan rasa lebih selamat, lebih disayangi dan lebih dihargai jika ibubapa ingin meluangkan masa untuk mereka Kajian banyak menunjukkan anak2 perlu 5 Bahasa CINTA. Kata-kata penghargaan, ’quality time’, pemberian hadiah, aktiviti membantu dan dibantu dan akhirnya sentuhan fizikal. Anak-anak akan rasa teruja apabila insan yang paling mereka sayangi sudi berkongsi aktiviti bersama-sama dengan mereka. Mereka suka hadiah tapi hadiah tak boleh memenuhi seluruh ruang kasih sayang. Anak2 yang dibesarkan dengan ransangan positif (puji2an dan penghargaan), selalu disentuh dengan kasih sayang (cium, peluk..kakchik cuba pupuk dalam diri anak2 tiap kali mereka pergi dan pulang dari sekolah dan tempat2 lain mesti peluk dan cium pipi kiri kanan kakchik dan abah mereka) dan diterapkan budaya hidup suka membantu tanpa disuruh.. anak2 ini akan berjaya dengan cemerlangnya pada masa hadapan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersama-sama untuk menambahkan keseronokan dan kasih sayang anak-anak kepada ibubapa. Rasulullah saw sangat-sangat menggalakkan kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Tatkala seorang sahabat r.a membuat pengakuan yang dia tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anaknya, maka Rasulullah saw bersabda, Bagaimana mungkin Allah swt akan sayang kepada seseorang yang tidak menyayangi orang lain Seandainya anak-anak merasa gembira, bahagia dan tenang tatkala bersama dengan ibubapa, maka lebih mudahlah kerja ibubapa. Terutamanya, untuk mengajak anak-anak melaksanakan perintah Allah swt dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan mereka. InsyaAllah.
Cadangan kakchik, cuba buat aktiviti yang tak guna kos atau kos rendah.. secara tak langsung anak2 terdidik untuk berjimat-cermat, 'recycle' dan meransang minda kreatif.
1. Membuat kerja-kerja rumah bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan. Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan bersama, antaranya seperti memasak, mencuci kereta, mengemas rumah dan sebagainya. Sewaktu melakukan aktiviti ini, elakkan berleter, membebel atau memarahi anak kerana kecuaiannya. Banyakkan pujian dan sokongan atas hasil kerja yang telah dilakukannya. Wujudkan suasana yang ceria dan penuh dengan telatah mencuit hati. Anak2 memang perlu dididik kemahiran hidup supaya boleh berdikari pada usia muda lagi... cuba jadikan Rasullulah sebagai contoh insan yang serba boleh..memasak, menjahit dll Jangan bezakan anak lelaki dan anak perempuan, semua mesti buat kerja rumah cuma beban kerja perlu adil cthnya: lelaki buang sampah2 yang berat, perempuan tolong sapu sampah (kerja yang lebih ringan) Jangan lupa menyatakan rasa suka kita bila anak2 rajin membantu. Pujian2 penting dan kalau boleh peluk, cium dan gosok belakang mereka. Tengok respon mereka bila kita minta tolong di lain masa.
Setelah berseronok melakukan aktiviti bersama, anda boleh mengambil peluang untuk memberikan motivasi kepadanya. Daripada bertanya anak, bagaimana dengan keadaan sekolahnya, tanyalah pada mereka 3 perkara terbaik yang telah mereka lakukan di sekolah. Anda tentu rasa gembira mendengarkan jawapan mereka, dan sekaligus keyakinan diri anak-anak juga akan meningkat setelah menyedari keistimewaan yang ada dalam diri mereka.
Objektif: Melatih anak-anak berkhidmat untuk ibubapa dan orang lain
2.Latih anak budaya kita semula dan jana minda kreatif.
Selepas mengemas pasti kita jumpa banyak sampah yang terkumpul tanpa kita sedar... kertas, bahan plastik dsbnya. Jangan buang dulu, kelaskan dulu.. ada bahan yang jika kita asing elok2 boleh dijual semula. Kakchik memang sediakan kotak2 untuk membuang bahan2 dari kertas dan plastik. Anak2 telah terdidik dari kecil.. apajua kertas sekecil tag harga pada mainan atau baju baru ke kertas bungkus nasi lemak hingga ke kertas surat khabar dan buku2 lama mereka. Plastik pula sekecil botol ’vitagen’ hingga ke botol air mineral atau jus. Bincang dengan anak2 apa kebaikan kita kitar semula selain dari boleh dapat wang saku? Beritahu mereka tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Ada juga bahan2 yang jika ubahsuai boleh jadi bahan mainan yang menarik untuk anak2. Jimat.... contoh bekas telur boleh dibuah jadi ulat bulu..., bongkah2 dsbnya, botol plastik boleh jadi ’pin ball’ untuk mainan boling, kertas2 boleh dibentuk2 ikut cara origami... dan banyak lagi lah ... ish2 anak2 kita lagi kreatif jika diransang. Jangan lupa puji bila anak boleh memberi idea walaupun lucu dan macam tak logik akal. Anak2 diajar jangan suka membazir dan
Berjalan atau di taman-taman bunga, di tepi tasik atau di persisiran pantai. Sewaktu berjalan, cuba pegang tangan anak kita dan ambillah peluang untuk berbual mengenai kebesaran Allah swt yang dapat dilihat di sekitar kawasan itu. Kita boleh tengok respon anak bila kita sentuh mereka dengan kasih sayang... Mereka lebih mudah menurut kata. Untuk anak yang sudah dewasa, galakkan mereka menyatakan apakah kebesaran Allah swt yang mereka nampak sepanjang berada di situ. Sebagai contoh; Lihatlah kebesaran Allah pada bunga, ada bunga-bunga yang tumbuh daripada satu pokok, tetapi Allah ciptakan berlainan warna. Mana datangnya warna itu, sedangkan kita tak nampak pun cat atau dakwat di situ. Meningkatkan iman kita dan anak-anak dan anak ngan mak dapat sihatkan tubuh badan
Memberikan galakan untuk anak-anak menghafal surah-surah pilihan Fitrahnya, anak-anak akan merasa seronok apabila melihat ibubapa melakukan aktiviti yang sama seperti mereka. Seandainya, ibubapa juga turut berusaha bersama-sama untuk menghafal surah-surah tersebut, maka anak juga akan ter-motivasi untuk melakukan perkara yang sama.
Antara fadhilat surah-surah pilihan ialah:
Yaasin: Sekiranya dibaca di awal hari, maka Allah swt akan tunaikan segala keperluannya pada hari itu.
Al-Mulk: Surah ini akan menjadi penjaga kepada pembacanya daripada azab kubur.
Al-Waqiah: Barangsiapa yang membaca surah ini pada setiap malam, maka dia tidak akan kebuluran@miskin untuk selama-lamanya.
Objektif:Al Quran menjadi zikir di lidahnya, dan ingatan terhadap Allah swt sentiasa berada dalam hatinya dan ibu dan bapa juga boleh sama2 menghafaz
5. Mengajar anak kemahiran-kemahiran sunnah seperti memanah, menunggang kuda dan berenang. Seandainya kita sendiri belum menguasai kemahiran tersebut, tidak mengapa. Rendahkan sedikit ego, korbankan sedikit masa untuk belajar bersama-sama dengan anak-anak. Yang penting, kita dan anak-anak berasa gembira dan dengan aktiviti tersebut.Jangan lupa beritahu anak, yang dia sedang melaksanakan satu sunnah Rasulullah.Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnah ku di zaman kerosakan ini, maka dia akan mendapat pahala 100 orang mati syahid
Objektif: Menanamkan perasaan cinta untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw
Bermain permainan komputer sambil belajar.
Kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada permainan. Menurut kajian, kanak-kanak lebih banyak belajar sewaktu bermain. Oleh sebab itu, kita harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk mereka, dan kalau boleh, luangkanlah sedikit masa untuk mencuba permainan mereka. Ada banyak jenis permainan komputer atau permainan papan yang melatih anak-anak untuk mahir dalam sesuatu kemahiran. Antaranya: Permainan Matematik: http://www.coolmath4kids.com/
Permainan Mengenal Islam http://www.islamicplayground.com/Scripts/default.
Permainan mewarna Islamik untuk anak-anak bawah 6 tahun: "http://www.gamespendidikan.com/index.php
Board games : http://www.cashflowboardgame.com/
Objektif : Meningkatkan kasih sayang di antara anak dan ibubapa di samping mempelajari sesuatu
Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment