Assalamu'alaikum
Kchik nak kongsi petua ni, kchik amil juga dari bahan internet. Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.
1. Setiap malam
apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya
sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca
surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah
dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya
berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan
itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih
sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu
sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita
sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat
matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu
hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang
masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua ini, Insya-Allah
kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment