Saturday, February 5, 2011

Doa Mendidik Anak


Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Macam-macam petua orang disekeliling beri pada kakchik dan yang pasti bukan semua petua sesuai untuk semua anak kita. Anak yang sulung memah jenis taat, jadi gertak sikit pun dia dah patuh, yang kedua jenis kena ampu (cerita pasal balasan Allah suka dan bala, kegembiraan nabi bila angah taat perintah Allah), Alang pulak jenis selamba rock, cakap pi la apau pun dia tetap tenang dan selamba... suami pesan kakchik jangan stress dan banyak berleter sebab alang baru 4 tahun memang usai yang sangat mencabar kesabaran, adik bongsu kira nak ikut ja apa laong, kakngah dan alang buat... Jadi selain mencuba banyak pendekatan mendidik anak jadi soleh dan solehah lagi cermerlang, jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini kakchik nak kongsi petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.

Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.

  1. Surah Al-Fatihah (1 kali)

  2. Ayat kursi (1 kali)

  3. Surah al-Insyirah (1 kali)

  4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)

Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini kakchik letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.

Bismillah

A001
Taa' Haa.

A002
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

A003
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

A004
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

A005
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

A006
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

A007
Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

Semoga bermanfaat

Ingat semua anak kita unik dengan cara mereka tersendiri... Banyaklah berdoa pada Allah dan cuba pelbagai cara untuk membentuk anak2 kita... Jangan sesekali berputus asa.

No comments:

Post a Comment