Sunday, February 20, 2011

IBU BAPA YANG DERHAKA - 1

Anak2 mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi tak mungkin gagal mengikut sikap kita. Jesteru, cara terbaik mendidik anak2 adalah melalui contoh teladan sikap kita bukan kata2 kita. Ini kerana manusia lebih ingat apa yang dilihat dari apa yang didengar.

Satu amanah Allah yang perlu dijaga, dipupuk, dibentuk dan dibimbing agar menjadi anak yang soleh solehah penyejuk hati dan mata. Tapi anak2 gagal memenuhi harapan ibu bapa kerana mereka gagal mendapat pentunjuk antara mengajak dan mengajar.

Mengajar hanyalah kata2. Kita suruh anak kita solat tapi kita masih leka mengadap tv. Kita suruh anak kita membaca buku tapi kita asyik dengan aktiviti lain.

Mengajak ialah bila masuk waktu solat, kita sama2 solat, baiki amalan solat yang salah jika ada. Puji anak2 kalau mereka sudah boleh qamatkan solat dsbnya. Kita ajak2 anak2 sama2 mengulangkaji. Tutup tv duduk semeja dengan anak2 dan bimbing mereka dalam mengulangkaji. Apa salahnya kita pula yang membacakan buku2 untuk anak2 (masa berkualiti yang sukar dicari). Secara tak langsung anak2 jadi minat membaca.

Ibu bapa ang derhaka bukan sahaja hanya kepada mereka yang mendera anak2 mereka dengan puntung rokok (contohnya) di dunia, tetapi ialah ibu bapa yang membiarkan anak2 mereka di bakar oleh api neraka di akhirat kelak. Anak2 tidak dibekalkan dengan ilmu agama secukup dan sewajarnya.

Seorang ayah detang mengadap khalifah Umar al Khatab r.a. mengadu akan anak lelakinya. Maka Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa si anak wajib taat kepada kedua ibu bapanya dan tidak mengabaikan hak2nya. Lalu anak itu menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak juga mempunyai hak terhadap orang tuanya?”

“ Sudah tentu,” jawab Umar r.a.

“Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin?”

“Bahawa bapanya wajib memilih untuknya ibu yang baik, memberikannya nama yang baik juga, serta mengajarkannya al-Quran.”

“Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku seorang majusi (penyembah api), namaku Ju’al (maknanya kotoran kumbang) dan beliau tidak pernah mengajarku walau satu ayat daripada al-Quran.”

Umar r.a lalu menoleh kepada si bapa dan berkata “Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, padahal engkau terlebih dahulu gagal melaksanakan tugas2mu kepadanya. Engkau telah melakukan kesalahan kepadanya sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu.”

Adakah kita ini ibu bapa yang derhaka?

No comments:

Post a Comment