Thursday, February 3, 2011

HAK-HAK ANAK DALAM ISLAM

Assalamu'alaikum

Salam sayang sesama islam.  Semoga ukhwah kita bertambah erat..

Tulisan kali ini kchik pilih tajuk hak2 anak dalam islam.  Satu lagi ilmu yang perlu kita ambil tahu sebagai seorang ibu atau bapa... jangan sampai Allah persoal kita tentang tanggungjawab kita memenuhi hak anak2 kita.

Menjaga anak semasa dalam rahim ibu lagi
- mendapat ibu yang baik
   Nabi s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majh.. Maksudnya:" pilihlah isteri yang sesuai untuk benih2 kamu (anak-anak)."  Seorang ahli bijaksana ada berkata
- keihatan ibu yang hamil dijaga"Mulakan tarbiah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan."  Maksudnya kita kena pastikan kita ni baik dan elok dalam semua segi (kalau boleh) supaya zuriat kita nanti juga akan soleh..dan boleh menjadikan kita model terbaik selain Rasulullah dan sahabat2 baginda.  Tengok sajalah Imam Shafie, atuk dia menyediakan kelahiran cucunya dengan mentarbiah anaknya (bapa Imam Shafie) dan menjodohkan anaknya itu dengan seorang isteri yang soleh, maka setelah itu lahirlah Imam Shafie seorang tokoh terbilang.  Begitu juga dengan Pemimpin Besar Muhammad al-Fateh.  Mengikut Rasulullah, pemimpin yang baik dengan rakyat dan tentera yang baik pasti dapat menawan kota Konstantinopel.  Atuknya memang soleh, bapanya juga insan hebat, jadi bila beliau lahir beliau menjadi insan yang memenuhi hadis Rasulullah. 

 - kesihatan ibu yang hamil dijaga.
terdapat banyak bukti menunjukkan kesan2 sampingan akibat ibu2 yang hamil memakan bahan2 yang merosakkan seperti minum arak, merokok, mengambil dadah, makan makanan yang haram atau syubhah.
Tekanan perasasn, sakit jiwa dan spiritual anak2 banyak dipengaruhi oleh suasana ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu.  
Suami selalu perli kchik bila2 anak2 mudah marah dan merajuk.  Dia kata sebijik mak dia masa mengandung, tak jaga sabar dan mudah merajuk.  Tapi memang pun kadang2 bila kchik perhatikan anak2 ada kalanya cara dia marah tu mirip gaya kchik.. Wow besarnya pengaruh...
Seorang ahli perubatan Peranchis mengatakan tindak-tanduk anak selalunya dipengaruhi oleh keadaanya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia. 

- kesihatan janin juga dijaga
 Allah memberi keringanan beberapa perkara ke atas ibu2 hamil untuk menjaga kesihatan ibu dan janin.  Contohnya wanita hamil  dibolehkan berbuaka puasa di bulan ramadhan jika risaukan kesihatan janinnya.  

- menjaga hak harta pesaka bayi
Jika bapanya meninggal dunia, maka harta pusaka tidak boleh dibahagi2kan sehingga bayi itu lahir supaya terjaga masa depannya.  
membunuh anak2 walaupun masih janin perlu dihukum

Menjaga anak selepas kelahirannya
- mendapat nama yang baik
Rasulullah ada bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad: " Kamu akan diseru pada hari Qiamat dengan nama2 kamu dan bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu."  
Nama yang buruk akan menjadi ejekan -  kesian anak2... boleh memberi kesan pada jiwa anak2.
Al-mawardi mensyaratkan nama yang baik mestilah ada 3 perkara:
*  nama asas adalah nama orang2 soleh
*  hurufnya pendek, senang disebut dan mudah
* sesuai dengan empunya badan.
Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang.  Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya.  Janganlah ikut budaya bubuh nama anak sebab bunyinya sedap tapi maknanya kurang baik.

- diberi hak untuk belajar (quran dan dll)
 Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya:"Apakah hak anak ini?"  maka Rasulullah s.a.w. menjawab" Berilah nama yang baik, ajarlah dia akhlak yang baik dan letakkan dia di tempat yang baik."
Kita kena ajar anak2 kita cara2 solat (jangan nak suruh ja dan merotan bila tak buat), kena sabar ajar anak2 ngaji quran (buat macam Jibrail ajar Rasulullah, peluk dan dudukkan di riba sambil ajar), kena kenalkan anak kita dengan ilmu tauhid yang betul, cara2 bersuci, akhlak, beza halal dan haram dll.  Nanti di akhirat nanti dia tak ungkit kita tak didik dia dengan terbaik.

- mendapat hak penjagaan
sebaik2nya kita ngasuh anak kita sendiri, senang nak bentuk ikut acuan kita.. tapi jika terpaksa keluar mencari rezeki, tinggalkanlah anak kita itu pada pengasuh yang ada ciri2 akhlak mulia, mengamalkan syariat islam, pengasih dan penyayang (maklumlah anak kita bukannya baik selalu, ada hari memang mencabar kesabaran pengasuh). 

- diberi hak mendapat nafkah
 Seorang bapa wajib menanggung segala perbelanjaan anak2nya selagi mereka tidak mampu mencari rezeki sendiri.  Bagi anak lelaki, tanggungjawab berterusan sehingga anak itu bekerja dan bagi anak perempuan hingga dia berkahwin.  
Hadis Rasulullah s.a.w. maksudnya "cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya."

- hak untuk menyusu
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud " DAn ibu2 yang melahirkan anak2, menyusukanlah anak2 mereka 2 tahun bagi mereka yang ingin menyusukan."
Cara kita menyusu pun boleh mempengaruhi jiwa anak2...
anak2 kakchik menyusu tak kira masa, lapar ja mula la nak 'selak'.. sebab tu kchik pakai tudung labuh senang nak cover... kereta pun beli yang 'auto' sebab sedang drive pun leh bagi anak menyusu gak... Semangat nak  nyusu sepenuh masa sebab suami tak mau anak2 dia besar jadi 'anak lembu' sebab minum susu lembu dari lahir sampai besar...


- Sayangilah anak2
orang yang ada rahmah, belas kasihan, Allah sangat suka sebab orang tiada belas ehsan maka Allah juga tidak kasihan padanya.  Hadis yang dikeluarkan oleh Imam at-Tarmidzi Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah  r.a. ...Pada satu hari ada seorang dari kalangan  suku  arab masuk Islam, namanya Al-Akraq.  Satu hari dia sampai di rumah Nabi s.a.w, dia ternampak cucu Rasulullah, Hassan, berlari ke Nabi... maka Nabi pun memeluk dan mencium cucunya.  
Pernah sekali Rasulullah tengah solat, cucunya panjat naik atas belakangnya, Nabi s.a.w. sujud lama kerana menunggu cucunya turun sendiri.  Ada juga kisah, Rasulullah sedang membaca khutbah, di lihatnya cucu dia yang sedang bermain di luar jatuh, Rasulullah s.a.w. langsung turun mengangkat cucunya dan kemudian menyambung membaca khutbah.   Tirulah Rasulullah... 

Wallahualam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan


No comments:

Post a Comment