Monday, December 6, 2010

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati - 7

Assalamu'alaikum
Salam Ukhwah.

Kchik amat bersetuju jika ada yang mengatakan dengan mengingati mati kita jadi insan yang cemerlang.

Bagi kchik kalau kita selalu ingat mati, takut deh mahu ambil rasuah, mencuri, membuat onar dibuatnya mati sebelum sempat bertaubat camna? Bukankah masyarakat akan menerima tempiasnya... jadi lebih selamat dan rasuah 0%.

Kerja2 pun tak tertangguh, dibuat mati 5 minit lagi, kita tak sempat selesaikan tugasan kita sebab ditangguhkan dengan sengaja seminggu lepas... macamana nak jawab dengan Allah tentang tanggungjawab kita di tempat kerja atau di rumah.

Bila teringat mati, cepat2 solat takut mati sebelum sempat solat... 

Mati pasti datang. cuma tak tau bila...tiap2 kali mengemas rumah ( 2 3 kali ja seminggu) selalu cuba2 tengok ada kah benda2 yang kchik dah tak mau guna tapi dalam keadaan baik dan sempurna.  Baju2 anak, suami dan sendiri, barang mainan anak2, buku2, apa sajalah... sebab bila ingat mati... takut sangat Allah tanya pasal harta yang dok bertapuk dalam rumah.  Jadi sedekah kat orang yang lebih memerlukan... rumah pun kosong skit.. senang nak kemas.. hati pun lega ada gak la jawapan nanti bertemu Allah...
Bukan niat nak britau kchik ni rajin bersedekah.... tapi memang takut Allah tanya masa muda kita, masa senang kita, harta benda kita, masa sihat kita...

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda " tidak akan papa orang yang suka bersedekah."

Kchik sedia tulis dalam buku segala maklumat2 tentang akaun bank, insurans sendiri, suami, anak2. segala hutang-piutang, pembahagian harta (kereta, rumah,binatang2 ternakan suami dll)... anak2 pun 2 3 bulan sekali di 'taklimat'kan tentang harapan kchik dan suami bila kami tiada nanti, apa mereka patut buat dengan maklumat2 yang kchik dah tulis dalam buku...  sampai ada sekali tu 'Aisyah anak no 2 menangis beria2 sebab rasa macam kami sungguh2 nak mati dah.. tambah2 kchik ni penuh uban di kepala, jadi anak2 kata kchik dah tua sangat dan akan mati tak lama lagi (betul la tu... maut datang bila masa).. risau sebab kalau kchik mati sorang, suami ada lagi dia boleh tolong uruskan semua hal khairat kematian, pembahagian harta... tapi kalau kami mati berdua... waris2 bukannya tahu kalau kchik tak catit dalam buku...

Bila ingat mati, jadi rajin skit nak ngaji quran, buat yang sunat2...

TAPI MASALAHnya ialah ingat mati ni mai jarang2... banyak kalut dengan urusan dunia dari sibuk membuat persiapaan mati sebab kerap lupa yang kita ni pasti mati.. BILA?

Tolong doakan kchik ya bila kchik mati nanti... tempatkanlah kachik dalam syurga Allah.  Amin.

Wassalam.
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.





Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 6

Assalamu'alaikum

Kakchik tak kuat iman tapi alhamdulillah Allah masih sayang kakchik dan dari masa ke semasa Allah beri suntikan motivasi dan keinsafan dari pelbagai arah. Ada masa kakchik macam kecewa dengan hidup yang selalu juga la gawat, tapi tup2 petang tu ada penceramah bawa topik jangan bersedih contohnya... naik balik semangat.. ada kalanya kakchik tengok kengkawan melaram mai kerja kakchik pun macam nak terikut2 melaram.. pas tu ada cd penceramah ni beritahu pasal suami yang benarkan isteri keluar rumah untuk apa alasan sekalipun kena pastikan sedaya upaya agar si isteri tak berurusan dengan lelaki bukan muhrim dan pakaiannya buruk ( ertinya bukan lusuh koyak rabak) baju bersih, baju baru pun boleh tapi orang lelaki tengok tak toleh 2 kali.. kawan2 sekerja pun tak teringin nak tanya beli kain ka baju ka tudung ka kat mana.. warnanya tak menjolok mata... gayanya tak ranggi menampakkan aurat atau susuk aurat, fesyen pun ala2 makchik2 ja... jadi bersyukur sebab tak melaram dan redha dengan diri yang tiada daya penarik di tempat kerja..
Memang Allah sayang kita cuma kita sahaja yang tak menghargainya...

Post kali ni kakchik nak cuba cadangkan ja la busana2 muslim yang kemas, ayu tapi yang paling penting menutup aurat... sebab kita nak tarik remaja2 terutamanya mendekati islam tak boleh paksa dema ni pakai abaya atau jubah sahaja semata2 perlu beri alternatif lain yang dekat di jiwa mereka.. perlahan2 kita ubah trend pakaian mereka ikut acuan islam yang sebenarnya.

Dari kita memakai seluar sendat2 nampak susuk punggung, pakai legging dan skinny jeans, apa kata kita pakai kain labuh atau seluar longgar(wide -leg) yang trendy juga. lebih selesa rasanya dan ayu. Dijangka menjadi trend fesyen 2011
Pakai blouse yang longgar.
Kalau kakchik salah mencadang mohon betulkan.



Kita boleh tiru gaya ni cuma perlu beli blouse longgar labuh dan warna tak menonjol sangat (putih, hitam, kelabu dan warna2 pastel adalah trend summer 2010 dan spring 2011) dan tudung menutup dada yang sedondon. Siapa kata pakai seluar kena pakai baju sendat... atau pendek, artis di atas pakai baju labuh nampak beraya juga..




imej di atas contoh2 gaya dengan skirt labuh atau 'wide-leg pants', ok cuma blouse perlu longgar dan tudung perlu labuh menutup dada.

yang ini baju kena labuh lagi dan pakai la tudung yang labuh dan mudah2 tak perlu belit2 dan tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar.

yang ini pun sama, labuhkan tudung dan baju...oops jangan lupa pakai stokin ya..


atau lebih mudah kalau berbaju kurung longgar, selesa dan memang confirm nampak manis dan sopan. baju kurung johor atau baju kurung pahang atau kebaya nyonya yang longgar.





baju punjab ini nampak sopan juga tapi kena longgar dan baju tak bolehlah jarang..

jubah pun adanya menarik untuk remaja2
kena pastikan longgar.

Busana kanak2 pun dah banyak di pasaran. Boleh perlahan2 ajar agar anak2 kita selesa dengan pakaian muslimah sebenar.



Kalau hendak mengikut ajaran Islam yang sebenar tak susah, banyak alternatif pakaian yang boleh kita pakai.. tepuk dada tanya iman.. nak bergaya tapi masuk neraka ka?
Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;
1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Adapun fesyen pakaian, tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi. Oleh itu, adalah harus wanita Islam memakai baju kurung, jubah, baju Punjabi atau jenis-jenis lainnya selagi ia memenuhi ciri-ciri di atas.

Kakchik harap sangat satu hari nanti semua muslimah boleh terima fesyen busana islam yang sebenarnya...

Sunday, December 5, 2010

TUDUNG LABUH 2

Dugaan banyak kalau kita nak tegakkan suruhan Allah. Masa kchik mula2 balik dari England lepas belajar, kchik bertudung labuh dan berjubah, keluarga terkejut besar. Al maklum la masa tu belum ada ahlli keluarga yg bertudung. Time tu klu pakai tudung jerut (labuh skit dr ‘key’ yg remaja dok pakai la ni) kira dah orait sgt dah.

Masa tu pulak ekonomim gawat. Ramai sedara mara menjadi pakar penasihat.

Macamana nak lulus temuduga kalau tak bersalam dengan penemuduga.

Org tak amik keja wanita yg tak bergaya. Macam2 lagi la.

Alhamdulillah 2 bulan selepas balik dari belajar kchik dapat KPLI. Dan jadilah mu’alimah sampai sekarang insyaAllah. Pakai tudung labuh masih dapat kerja jangan takut dengan rezeki Allah…kalau kita ikut syariatnya insyaAllah Allah tak akan sia2kan kita.

Satu lagi, perkara yg amat penting tapi sukar untuk dilakukan.... Disebabkan perkara ni dah macam jadi tradisi dlm sesebuah keluarga. Kita telah terdidik dengan suasana macam ni... iaiatu pakai tudung bila p shopping, kerja dan ziarah sahaja. Dalam kata lain kuar rumah ja pakai, masuk ja dalam rumah terus buang tudung dan tayangkan aurat ke sana ke mari.

Apabila berada di rumah, dan didatangi oleh saudara mara kita... kita tidak menutup aurat. Si isteri kalau menutup aurat, alasan yang datang tu adik beradik suami ... tapi bila sedara mara dia yang mai selamba ya tidak menutup aurat. Perkara ni memang sukar untuk kita lakukan... Kita kena INGAT dan FAHAM menutup aurat itu wajib untuk yang bukan mahram tidak kira la sepupu ka , pak sedara pupu ka, ipar duai ka walaupun kita kenal dema tu dari bayi lagi dan mesra alam sesangat, HUKUM tetap HUKUM. Apatah lagi kalau selamba kuar rumah tak menutup aurat sebab tak kemana2 sekadar kuar sidai baju atau beli ikan ja. Dosanya tetap sama seperti kita menayang aurat kepada lelaki lain. Dan hukumannya tetap sama, Ni lah salah faham org kita hari ini. Kita bukannya memakai tudung menutup aurat bila di luar rumah sahaja. Kita menutup aurat APABILA ADA LELAKI BUKAN MAHRAM BERSAMA KITA. Bukan di luar sahaja tetapi kalau di dalam rumah kita ada LELAKI BUKAN MAHRAM. Maka hukumnya WAJIB BERTUDUNG.....

RAMBUT DIIKAT DAN DIGANTUNG SERTA DINYALAKAN API YANG MARAK MENYALA DARI BAWAH KAKI MEREKA.

Masa mula2 balik susah nak istiqamah pakai tudung bila ada bukan muhrim.. Kerana suasana di rumah sebelum ni yg dah memang macam tu...Semasa kakchik pakai tudung DI DALAM rumah buat kali pertama kerana ada abg ipar masa tu, kakak tanya "Nak ke mana sebab bertudung?" Lepas sari suntuk kchik memakai tudung tak bukak2 kecuali masuk bilik sendiri, dema pakat dok komen nanti rambut luruh kalau asyik bertudung sahaja. Nanti hapak busuk rambut sebab tak kena angin ish mcm2 la.

Perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita hari ini. Terutama menjelang hari raya. Apabila semua adik beradik kita berkumpul, ada di antara isteri2, adik2 perempuan kita yg tidak bertudung.... hairan bila ke pejabat cukup comel sekali bertudung, tapi bila rakan sekerja datang rumah selamba ja layan tanpa menutup aurat. Jadi pergi kerja tutup aurat buat apa? nak jaga jgn sapa nampak aurat kita? Sebab rakan sekerja dah nampak aurat kita! Kuar dengan sepupu2 jln2 pakai tudung, dema dtg rumah, kita tayang aurat. Tutup buat apa tadinya? Hairan juga…Kakchik rasa, perkara ni perlu ditegaskan oleh ustaz ustazah dalam kuliah mereka supaya kita faham bila WAJIB MENUTUP AURAT.

Alhamdulillah, kakchik bersyukur... Di rumah kakchik, kami semua dah mula faham isu ini. Dan apabila abg2 ipar kakchik balik ke rumah dan kakchik bertudung WALAUPUN berada di dalam rumah.... dema dah ok. Kadang2 siap call habag dema nak balik supaya kchik bersedia. Kakchik bersyukur. Semoga Allah memberi hidayah kepada kami semua.. agar kakak2 ipar kchik juga akan bertudung sentiasa depan bukan muhrim. Frankly speaking, bukan senang nak membina suasana macam ni dalam satu keluarga yg besar.... Bila semua balik sekali...

Bukan nak riak kachik ni bertudung labuh tapi nak ‘highlight’kan banyak suruhan Allah yg kchik x mampu nak laksanakan..kchik mengaku kchik bukan hebat… jadi kalau ada satu dua suruhan yang termampu untuk kchik lakukan, akan kchik usaha buat yang terbaik. Isu pakai tudung. Kalau Allah dan perintah kita labuhkan tudung hingga ke dada, kchik mampu buat, jadi kchik pakai sampai ke hari ni. Doakan Allah tidak bolak balikkan hati ni. Allah suruh kita tutup aurat depan bukan muhrim jadi walaupun panas dan tak selesa sebenarnya tapi kakchik rasa mampu buat, jadi kchik istiqamah bertudung walaupun dalam rumah jika ada bukan muhrim.

Dan lagi satu, yang terakhir... Aurat suami dan anak lelaki kita dengan PEMBANTU RUMAH KITA. Sedarkah kita, suami kita juga adalah pemimpin kepada PEMBANTU RUMAH kita. Dan setiap PEMIMPIN BERTANGGUNG JAWAB ATAS APA YANG DIA PIMPIN.

Pembantu rumah juga WAJIB MENUTUP AURAT SEMASA ADA LELAKI di dalam dan di luar rumah. Kalau agama kita Islam dan kita ini wanita tak kira Negara mana kita dtg pun, HUKUM ALLAH TETAP SAMA. Dalam hal ini, kakchik berasa sedikit sedih... ramai di antara sahabat dan saudara kakchik yg MENJAGA AURAT isteri mereka, tetapi tidak mengambil berat AURAT PEMBANTU RUMAH MEREKA. Sedangkan, hukumannya tetap sama. Sebagai pemimpin keluarga, suami BERTANGGUNG JAWAB sepenuhnya sekiranya sesiapa di bawah tanggungannya tidak menutup aurat. Tak kiralah, sama ada isteri, anak perempuan, atau pun pembantu rumahnya... Dosanya tetap sama, dan suami BERSUBAHAT kerana tidak memastikan mereka menjaga aurat mereka. Dan dlm kes ni, di akhirat nanti.. ketua keluarga itu nanti akan TURUT DIHERET MASUK KE API NERAKA... Nauzubillah...

Kepada para pembaca, sahabat handai dan saudara mara, kakchik harap kita lebih prihatin akan isu ini selepas ini. Sebagai pemimpin, kita bertanggung jawab penuh atas segala apa yg kita pimpin. Jangan mengambil mudah hal ini... Kerana kita PASTI tidak mampu menanggung kepanasan api neraka nanti...

Sekiranya sebelum ni, kita mengabaikan tanggung jawab ini... maka bertindaklah dari sekarang. Mudah2an, Allah mengampunkan dosa kita yg terdahulu.

Jangan Ambil Mudah Urusan Mati 5


Assalamu’alaikum. Salam ukhwah

Kakchik nak cuba bawa isu aurat pulak.  Kachik nak beri pada sudut pandangan kchik.  Seperti biasa kalau kchik tersasar tolong betulkan. 
Kakchik bukan nak tunding pada kesalahan sesiapa, siapalah kachik yang juga selalu lalai dan alpa.. tetapi bukankah kita kena berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.

Sekarang ni Alhamdulillah, ramai dah muslimah kita mula memakai tudung.  Kakchik tak mau kata2 apa2 pun pasal niat dema pakai tudung, sebab hanya ALLAH yang tahu apa niat dema pakai tudung.  Pegangan kakchik kalau orang baca quran tapi tak betul2 tutup aurat, jangan kutuk dia sekurang2nya dia ngaji… kita yang dok kutuk baca quran ke dak? Cuma kita yang tahu ni kenalah tegur dia tentang aurat yang betul supaya dia boleh berubah.  Setakat kutuk belakang tak payah, dok kumpul dosa ja.  Begitu gak kalau ada yang pakai tudung tapi dengan cara yang tak sempurna, jangan kutuk… sekurang2nya dia mau juga tutup aurat walaupun tak sempurna, mungkin dia terikut2 dengan trend, mungkin dia jahil… kita yang faham ni… patut buat apa? Kutuk belakang ja ka?

Sebab tu kchik cuba nak betulkan mana2 yang tersilap, agar kita semua dapat mengikut ajaran Islam dengan sesempurna mungkin.

Kakchik cukup risau, takut pun ada dengan cara pemakaian muslimah kita sekarang ni. Kakchik tak boleh ambil sikap biarkan ja la kubur masing2. Anak2 kakchik kian membesar dan jika gejala berpakaian tapi telanjang ni dibiarkan takut anak2 kakchik pula terikut2 dan dok faham yang fesyen seperti ini  memang tuntutan islam bukannya budaya yang jauh menyimpang.. trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya..sudah tidak selari …. dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Intan dan berlian sangat berharga sebab tu di bungkus rapid an disimpan dalam peti besi… begitu juga kita kaum hawa ni… sangat bernilai di sisi Islam senbab tu wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Kita masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesua ian dengan garisan syarak. Kita kaum hawa tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan diri kita semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Namun malangnya mereka dah tersalah konsep tentang pemakaian tudung ni... mungkin pakai tudung sekadar fesyen itu kakchik tak boleh nak kata apa2.. hati masing2 sendiri mau tau. 
Kakchik berharap sangat muslimah kita carilah ilmu bila nak buat sesuatu supaya apa yang kita lakukan itu betul dan mendapat pahala... kakchik rasa bab pakai tudung ni dari darjah1 hingga ke Ting5 ustaz ustazah dah tekankan siap perkenalkan surah2 dan hadis berkaitan. tapi budaya yang 'hodoh' juga yang kita nampak cantik dan trendy..

Jangan mai ikut ja 'trend' yang diperkenalkan oleh artis2 kita..atau sapa sahaja... mesti tetap teguh ikut syariat ISLAM

Dalam Quran dengan terangnya Allah dari beri garis panduan kepada menutup aurat.
·        Yang terbuka hanya muka dan tapak tangan
·        Pakaian mesti longgar
·        Kain yang digunakan mestilah tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan bayang badan kita
·        Tudung kena labuh menutup dada, dan baju labuh hingga menutup buku lali ( tak semestinya jubah atau maxi).
·        Bukan tujuan untuk menunjuk2
·        Boleh menghindar dari berlakunya maksiat (kira2nya  lelaki ataupun perempuan tak akan toleh 2 kali pada kita, tak ‘mengancam’ langsung.

Hidup kita ni singkat ja… jadi kalau nak apa2 yang disukai Allah buatlah yang terbaik.  Jangan ambil jalan mudah.  Cabaran nak pakai pakaian yang betul2 menutup aurat ni memang besar.  Dengan trend2 sekarang yang kononnya bertema muslimah yang ranggi, ‘cool’, moden memang kita mudah tergoda untuk bergaya juga.  Kita kena istiqamah… ingat susah di dunia tapi bersenang2 di akhirat.. mana yang kita pilih.. Alahai nak bergaya lama mana sangat, umur makin bertambah, trend makin tak sesuai dengan usia…  trend pun asyik berubah2…. Kalau diikutkan sangat teruk ’poket’ kita…

Apa yang Allah sarankan tak pernah membawa kemudharatan atau pembaziran.  Allah yang menjadikan kita sudah pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kita kalau tahu orang dok tengok kita, mesti kita berakhlak mulia, berbedak dan check gincu pun selang 20 minit. Sekejap2 betulkan tudung… betul tak..
Walaupun kita tak nampak Allah, tapi YAKINlah ALLAH selalu melihat kita, jadi pakailah tudung tu elok2 sikit… jangan ikut malas kita… jerut depan macam nyonya sayur, atau ikat belakang libas ‘ekor’ tudung ke depan, pakai nampak ‘jambul’ ... kalau nak pakai, pakailah dengan senonoh.  Kemas agar semua orang suka tengok kita dan turut rasa Islam itu indah. 

Kepada yang bujang, kesian pada ayah, pada yang dah bersuami, kesianlah suami kita.. semua kesalahan kita dia kena tanggung… kalau kita tak betul2 tutup aurat, kesian pada dema.. tanpa sedar dok kutip dosa yang kita buat… Ada ustaz ni kata 1 helai rambut kita di lihat oleh orang hukan muhrim, 1 dosa dema dapat. 

Kchik nak pesan pada sesiapa yang nak buat apa2 pun, jangan mai ikut ja… kena cari ilmu pasal perkara tu supaya kita tak tersalah langkah… begitu juga dengan bab menutup aurat, jangan tengok bila orang pakai gaya tudung nampak ‘mengancam’ kita pun terus ikut, terutama2 artis2 kita (maaf ya) macam2 cara mereka bertudung… ingat yang meniru melulu..  niat kita baik nak menutup aurat tapi dah tak dapat pahala sebab tak ikut syariat.

Tahukah anda, bahawa memakai pakaian ketat dan jarang dapat menyebabkan masalah kesihatan.
Berikut 11 MASALAH KESIHATAN yang telah didokumentasikan akibat memakai pakaian yang terlalu ketat dan/atau jarang lagi nipis :
1.         Pakaian ketat juga dapat menyebabkan KEMANDULAN pada wanita BUKAN hanya pada kaum adam saja. Pada cuaca yang sangat dingin, pakaian ketat tidak berfungsi menjaga suhu tubuh dari serangan hawa dingin. Suhu yang terlalu dingin tersebut jelas dapat membahayakan kondisi rahim. Seluar ketat tersebut meningkatkan suhu di sekitar selangkangan (sela-sela) paha. Sehingga di sekitar paha lebih panas dibanding suhu di bagian tubuh lain.  Akibat pengaruh panas itu, kita mengalami penurunan tingkat kesuburan.
2.            Selain itu, penelitian juga menemukan bahwa perempuan yang berpakaian ketat atau jarang (nipis)  maka ia berpotensi mengalami berbagai penyakit kanser ganas melanoma. Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia dsb.

Penyakit ini disebabkan sengatan matahari yang mengandung ultraviolet dalam waktu yang panjang di seluruh tubuh yang berpakaian ketat atau berpakaian pantai (yang biasa dipakai wanita ketika di pantai dan berjemur di sana). Penyakit ini mengenai seluruh tubuh dengan kadar yang berbeda-beda. Tanda-tanda penyakit ini muncul pertama kali adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Terkadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di daerah kaki atau betis, dan biasanya di daerah sekitar mata, kemudian menyebar ke seluruh bagian tubuh disertai pertumbuhan di daerah-daerah yang biasa terlihat, pertautan limpa (daerah di atas paha), dan menyerang darah, lalu menetap di hati serta merusaknya. Terkadang juga menetap di sekujur tubuh, d iantaranya: tulang, dan bahagian dalam dada, juga bagian perut. Penyakit ini juga menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ganas ini tidak akan hidup lama. Obat-obatan belum bisa mengobati kanser ganas ini.

3.Penyakit kanser kulit ini lebih rentan menyerang wanita karena wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh karena itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutupi kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV.  Sinar UV masih bisa menembus pakaian yang ketat apalagi pakaian jarang lagi nipis.
4.  Gejala penuaan juga dapat diperlambat ketika para wanita berjilbab. Penuaan merupakan proses alamiah yang sudah pasti dialami oleh semua orang yaitu melambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejalanya seperti rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain. Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahai. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang baik terhadap kesehatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahwa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rusaklah jaringan kolagen dan elastin yangn berperan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
5.         Orang yang memakai seluar jeans terlalu ketat akan mengalami masalah pada saraf-sarafnya yang disebut maralgia paresthetica. Hal ini akan berpengaruh pada masalah medis seperti, tiba-tiba tanpa sebab merasa gatal di bagian paha.
6.         Jika daerah sensitif wanita tertutup terlalu rapat dan akan menjadi terasa hangat dan juga lembab, maka hal ini akan menyebabkan tumbuhnya bakteri dan mengakibatkan infeksi. Biasanya, daerah sekitar vagina akan terasa gatal, terkena iritasi, dan sakit. Untuk menghindari hal tersebut, hindarilah memakai seluar ketat, terutama di musim panas dan pakailah pakaian longgar.
7.         Jika seluar terlalu ketat, anda akan merasakan nyeri punggung dan ini akan memberi tekanan pada saraf-saraf di punggung ketika anda duduk. Kaki juga akan terasa gatal dan mungkin akan mati rasa, serta bagian punggung terasa sakit.
8.         Memakai seluar yang terlalu ketat ternyata juga dapat menyebabkan pengsan, mungkin terdengar ekstrim tapi hal ini sering dialami oleh beberapa wanita. Meski korset sudah tidak popular lagi, pakaian sejenis ini akan menyebabkan pemakai tak dapat mengembangkan paru-parunya dengan baik dan hal ini akan mengakibatkan nafas terasa berat. Selain itu, akan memperkecil oksigen yang masuk ke dalam tubuh. Kategori pakaian seperti ini termasuk pakaian dalam pernikahan, bustier, dan ‘spandex’.
9.         Akibat memakai seluar yang terlalu ketat juga akan menyebabkan naiknya cairan asam lambung kerana tekanan yang terlalu besar pada perut. Hal ini dapat meningkatkan tekanan di daerah abdominal yang akan menyebabkan asam lambung naik ke kerongkong anda. Jika anda merasakan panas di bahagian perut, dada, dan tenggorok, lalu ketika makan atau minum terasa pahit atau asam di mulut, sebaiknya longgarkan seluar anda dan potonglah makanan anda kecil-kecil agar mudah dicerna.
10.       Konstipasi seluar terlalu ketat dapat mengakibatkan masalah pada proses pencernaan. Daerah abdomen akan terasa sakit selama 2 sampai 3 jam setelah makan.
11.       Bila Anda mengenakan baju dan ikatan dasi yang terlalu ketat dapat menyebabkan sakit kepala, pandangan menjadi kabur dan rasa gatal di daerah kepala, serta dapat menurunkan peredaran darah ke kepala dan otak.
Jadi, berpikirlah dengan bijaksana jika anda bermaksud membeli pakaian dengan ukuran yang lebih kecil dari ukuran tubuh Anda. Janganlah mengambil risiko untuk tampil seksi dan trendy jika hal tersebut dapat menyebabkan anda merasa sakit.

Rambut sengaja disanggolkan tinggi atau beli tudung yang ada sanggol palsu... konon bila bertudung lagi nampak seksi.. tudung sengaja dipinkan kebelakang, lagi ketat di leher lagi anggun… Ada pendapat kchik la, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. 
Ini fesyen bertudung zaman sekarang yang dibanggakan ramai..
Kchik tak mau bincang isu menyerupai kaum lain ni, tapi yang pasti kalau dengan berbutang di belakang itu, menyerlahkan bentuk leher wanita, maka ianya adalah haram disebabkan menampakkan susuk aurat yg perlu ditutup...  (ALLAH dah pesan kena berpakain longgar supaya semua susuk bahagian aurat tidak kelihatan)
Habis tu kalau pakai jubah adakah haram juga sebab rahib perempuan pun pakai juga. Pada pandangan kakchik la semua agama menyuruh umatnya menutup aurat, berpakaian longgar dan tidak jarang. Sebab tu rahib2 tu pakai 'jubah' cuma dema ni nak lawan juga perintah Allah jadi dema ubah gaya pakai tudung dan orang kita pun dengan bangganya meniru.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat tu wajib… jadi gunalah apa2 pun guni beras ka, kain batik apa saja janji aurat kita tertutup.

Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan HARAM walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

TUTUP AURAT TAPI BERMEKAP SAKAN

TUTUP AURAT TAPI MEKAP SAKAN
Mungkin niat dema tu mulia.. nak tunjuk pada yang belum yakin.. Islam ni bukannya lapuk.. pakai tutup aurat pun masih boleh bergaya.. tak rupa machik2 atau nenek.. TAPI niat tak menghalalkan cara..
Kalau dah pesan, janganlah kita
Banyak lagi cara nak tunjukkan Islam ini hebat.. kalau kita tutup aurat dengan sempurna tentu akhlak kita juga juga akan menjadi baik dan orang tentu akan dapat melihat keindahan Islam.

Cuba la buang jauh2 budaya ikut2 dan tangkap muat ja... orang pakai tudung kita pakai tudung...
Jangan main2 sebab memakai tudung ni ALLAH wajibkan ke atas semua muslimah….bukan main ambil separuh2 yg kita suka …patutlah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!
 
Dan cubalah istiqamah bila bertudung... hairan sesungguh kakchik tengok kebolehan muslimah kita hidup 2 alam. Bertudung hanya bila ke tempat kerja, 'shopping', kenduri kahwin. Time lain melayang tudung... tak kira la sapa yang mai rumah, pakistan jual karpet ka, pachik jual ikan ka, sepupu, rakan sekerja, jiran2... hairan macamana dema boleh tayang rambut lepas tu pi tutup pulak time pi kerja contohnya sedangkan rakan sekerja kita dah tau rambut kita fesyen afro ka rebonding ka, panjang mana, warna apa, beruban ke tak... ish2 naik pening juga kalau fikir lama2...

JANGAN AMBIL MUDAH URUSAN MATI kita, Allah tanya tak boleh nak angkat muka la jawabnya.. Memang ada wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. tapi tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna di sebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Sebab tu kita lihat ada ustaz meliwat anak didik, bukan sebab title dia ustaz tapi sebab hati dia yang sakit.. Islam tetap tak salah… begitu juga ada yang bertudung labuh dicekup bercengkarama bawah tangga U, sekali lagi Islam dan Tudung tak salah, hati dia yang perlu diubati.   MENUTUP AURAT WAJIB  tapi hati juga perlu dibaiki agar Islam terserlah hebat.  Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kita dari memandang lelaki yang bukan mahram kita, lindungi lidah kita dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kita dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk diri kita mahupun masyarakat, lindungi hidung kita dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kita dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kita dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kita dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kita, lindungi hati kita dari sesuatu selain Allah SWT, bila kita sudah biasa, maka tudung yang kita pakai akan menyinari hati kita.. itulah hakikat tudung..
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.

Nasihat kakchik kita boleh ambil sampai PHD bab dunia ni, tapi kita tak boleh luangkan masa 5 minit untuk cari ilmu Allah dan memperbetulkan diri.. Berubahlah...
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: " Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga" [H.R. Muslim:4/2074 no:2699]

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

wallahu'alam
Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.

Semua pada satu hari nanti semua kaum hawa islam akan menutup aurat mengikut garis panduan Islam.  Amin…

Kchik mohon maaf bukan nak mengaibkan sesiapa tapi gambar2 ni banyak di internet jadi kachik ‘cut and paste’ sebagai contoh2 model.  Semoga mereka semua mendapat hidayah dari ALLAH s.w.t.