Mengharap atau dalam istilah tasawufnya ialah raja’ iiatu sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf. Kedua2nya saling berkait antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan taku.” (Surah al-Anbiya’ 21:90)
Khauf dan raja’ adalah dua ubat untuk penyakit hati dan apabila hilang salah satu, hati akan jadi tidak tenteram. Seagai seorang muslim kita kenalah pandai mengimbangkan antara kedua2nya agar memperoleh kesepaduan hidup. Sikap raja’ penting untuk menolak perasaan takut atau khauf yang berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke hati seseorang Mukmin.
Setiap Mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.
Hadis Qudsi ada menyebut, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Aku terlalu dekat dengan prasangka hambaKu. Maka hendaklah dia berprasangka kepadaKu atas apa yang dia inginlkan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Putus Asa terjadi bila tiada lagi khauf dalam hati seseorang menyebabkan dia meremehkan persiapan untuk menghadapi mati. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tidak yang putus asa daripada Rahmat Allah elainkan orang kafir.” (Surah Yusuf 12:87)
Allah tidak berhenti memberi pengharapan kepada mereka yang perputus asa sepertimana firmanNya yang bermaksud,”Katakanlah: Hai hamba2Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputusa asa daripada rahmat Allah. Sesunggunya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al=Zumar 39:53)
Tips Mengelak daripada Berputus Asa
Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa kita adalah untuk menjadikan kita insan yang lebih baik
Yang utama adalah usaha. Hasilyang akan diperoleh dari Allah s.w.t., itu perkara ke 2. Yakin kita akan dapat ganjaran untuk setiap usaha yang kita lakukan.
Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
Sentiasa berfikiran positif dan mencari peluang dan apa yang boleh dilakukan.
No comments:
Post a Comment