Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Semoga Dipermudahkan Perjuangan Terakhir Boy GT / Fazhrin Mastur
ReplyDelete