Nabi Ayyub adalah salah seorang dari nabi-nabi Ilahi yang kerana kesabarannya menjadi bahan pembicaraan semua orang. Allah swt telah menganugerahkan kepada nabi Ayyub berbagai kenikmatan dan beliau as pun melaksanakan ketaatan Ilahi dan mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Syaitan merasa hasad dengan penghambaan nabi Ayyub as dan mengatakan: Ya Allah, bila Ayyub mentaati seluruh perintah-Mu kerana kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau anugerahkan kepadanya, jika tidak maka ia tidak akan taat.
Pada akhirnya situasi dan masa untuk menguji nabi Ayyub telah tiba dan beliau as mengalami ujian Ilahi.
Nabi Ayyub as mulai kehilangan harta benda, kekayaan dan anak-anak satu persatu. Pada seluruh tahapan ujian besar ini, kesabaran nabi Ayyub mengalahkan kejadian-kejadian dan bencana-bencana pahit yang menimpanaya dan ketika beliau as tidak memiliki apa pun lagi selain separuh dari jiwanya, beliau as berdoa dan berseru:
أَنّى مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمينَ
“(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.”[1]
Syaikh Thabarsi berkata: “Ucapan nabi Ayyub as ini adalah sebuah metafora lembut bagi para pencari hajat.”[2]
Pada ayat lain disebutkan bahwa nabi Ayyub as berkata demikian:
أَنّى مَسَّنِىَ الشَيْطانُ بِنُصْبٍ وَ عَذابٍ
“Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.”[3]
Singkatnya, doa nabi Ayyub as terkabul, beliau as berhasil keluar dengan sukses dari ujian ini dan bagi syaitan dan para pengikutnya menjadi jelas bahawa nabi Ayyub as dalam kesenangan dan kesedihan, kekayaan dan kefakiran, kesihatan dan sakit sentiasa menyembah dan mencintai Allah swt.
Terdengar seruan: “Hentakanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”[4] Allah swt mengembalikan kesihatan kepada beliau as dan mengurniakan anak-anak dan keluarga dua kali lipatnya.[5] Kekayaan dan harta benda yang telah hilang kembali lagi dan kehidupan beliau as lebih makmur dari sebelumnya.
Mengenai penafsiran “وَ وَهَبْنَا لَهُ أَهْلَهُ وَ مِثْلَهُم مَّعَهُم” (“Dan Kami anugerahi dia keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula”) ditanyakan kepada Imam Shadiq as, beliau as menjawab: “Di samping putera-putera yang meninggal dunia pada ujian besar ini, putera-putera yang meninggal dunia sebelumnya juga dihidupkan kembali.”[6]
[1] QS. Al-Anbiya’ [21]: 83.
[2] Majma’ul Bayan, jilid 7, hal. 59.
[3] QS. Shaad [38]: 41.
[4] QS. Shaad [38]: 42.
[5] Dan Kami anugerahi dia keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pikiran. (QS. Shaad [38]: 43)
[6] Tafsir Ash-Shafi, jilid 3, hal. 351.
No comments:
Post a Comment