Nabi Luth as yang hidup sezaman dengan nabi Ibrahim as menjadi nabi Ilahi di kota Sodum. Beliau as (nabi Luth) menyeru umat di kota tersebut kepada tauhid, kesucian dan kebenaran. Hasil puluhan tahun tabligh dan dakwah beliau as, sangat sedikit individu yang cenderung kepada apa yang dibawanya. Sehingga isterinya juga terjebak dalam kancah seks songsang ini dan tidak mahu beriman dengan ajaran yang di bawa oleh suaminya. Kaum Nabi Luth mengamalkan seks luar tabii iaitu antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Nabi Luth as yang melarang umat dari dosa, mereka ancam bahawa sekiranya beliau as tidak menghentikan tabligh dan seruannya, akan mereka usir dari kota tersebut. Dan terkadang mereka mengatakannya sambil mengejek: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.”[1]
Nabi Luth as mengangkat tangan berdoa dan menyerukan:
رَبِّ انْصُرْنى عَلَى الْقَوْمِ المُفْسِدينَ
“Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerusakan itu.”[2]
Nabi Luth as memberi ancaman kepada mereka bahawa beliau memusuhi perbuatan keji kalian, dan beliau as mengangkat tangan berdoa sambil berkata:
رَبِّ نَجّنى وَأَهْلى مِمَّا يَعْمَلوُنَ
“Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan.”[3]
Sampailah azab Ilahi kepada umat tersebut. Nabi Luth as, keluarga (tidak isterinya) dan para pengikutnya yang sedikit keluar dari kota tempat tinggal mereka pada malam hari sementara pada pagi harinya para malaikat menurunkan azab samawi (langit) kepada umat kota Sodum yang fasik dan berbuat keji.
[1] QS. Al-‘Ankabut [29]: 29.
[2] QS. Al-‘Ankabut [29]: 30.
[3] QS. Asy-Syu’ara’ [26]: 169.
No comments:
Post a Comment