Sunday, October 10, 2010

TERTIB DALAM BERDOA

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِي إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah, ayat 186)


Firman Allah yang bermaksud :

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah Gahfir, ayat 60)

Bismillahirrahmanirraheem…Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Antara sedar dan tak sedar, dalam hidup ini Kakchik rasa kita ini lebih banyak MEMINTA dari MEMBERI. Kita selalu berharap orang di sekeliling kita akan selalu sokong, hargai, sayang, puji dan kalau boleh semua yang kita hajati akan dipenuhi. Best kan?bila semua yang dihajati tercapai.

Nak MEMINTA ni ada tatacaranya. Kita sering terlepas pandang perkara ni. Bila kamu berhajat sesuatu dari seseorang, apa yang akan kita buat? Mungkin ini adalah sebahagian langkah-langkah yang kita akan lakukan demi untuk memastikan ‘misi’ kita berjaya:

  • Berfikir dengan baik sebelum berjumpa orang yang memohon hajat darinya. Kita akan rancang apa yang akan kita minta darinya, fikir ayat-ayat terindah supaya orang itu mahu menunaikan hajat kita.
  • Kena pastikan orang itu jelas apa yang kita mahu supaya tidak tersalah cakap and l lain yang dihajati, lain pula yang kena diberi.
  • Berpakaian dengan pakaian yang paling lawa and muka yang termanis. Ish2 kalau pakai kusut masai lepas tu muka pulak masam, tertutup hati orang yang nak memberi itu
  • Kita mungkin bawa buah tangan sebagai ole-ole ketika menziarah dia
  • Guna bahasa yang orang itu dan kita juga faham.
  • Mesti ada 'Eye contact' (lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan la..) muka mesti menghadap orang itu.
  • Akhir sekali, yakinkan orang itu yang kita benar-benar berhajat dan berharap sangat supaya dia tunaikan hajat kita.

Begitu juga bila kita berhajat dan memohon dari Allah (SWT), dan doa kita macam belum dimakbulkan. Pernahkah kita terdetik dan terasa di hati, Allah (SWT) ada ka mendengar doa kita sedangkan pada hakikatnya Allah (SWT) Maha Mendengar segala doa dan rintihan hamba-Nya? Pernahkah kamu merasa Allah (SWT) tidak adil sebab bagi banyak benda orang lain dah dapat tapi kita tak dapat2? Pernahkah kita terasa kurang sabar sebab Allah (SWT) lambat bagi apa yang kita hajati and tertanya-tanya bilakah impian kita akan terlaksana, walhal Allah (SWT) sebenarnya sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kamu. Jika jawapan anda, YA untuk soalan-soalan di atas. Beristighfarlah sekarang, (ucapkanlah dengan penuh rasa rendah diri)

Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
La ialaha illa anta subahanaka inni kuntu minahzzhalimin…

Dalam hidup kita, kadang-kadang kita alpa dan selalu salahkan orang lain sebelum menyalahkan diri sendiri. Kita mudah dan senang untuk nampak kesalahan orang lain, walaupun sebenarnya sebesar kuman saja. Dosa kita yang sebesar gajah, kita langsung tak nampak. ‘Haasibu anfusakum qabla an tuhaasibuu – Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung’. Hitung di sini bermaksud, apakah bekalan nanti? Bila kena hisab di akhirat, oleh persiapkanlah diri sebelum hari itu datang.

Tanya diri kamu kenapa rasa-rasanya impian kita susah untuk terlaksana. Jika sekiranya, langkah2 di atas sudah dibuat, doa sudah jua, usaha sudah jua, tapi tetap jua tak dapat-dapat. Kenapa ya?

Sebenarnya ada adab-adab tertentu yang mesti buat dalam bab-bab berdoa and meminta. Kalau memohon dengan MANUSIA kita ambil banyak langkah2 , apatah lagi jika tempat kita meminta itu ialah Allah (SWT)? Pencipta kita dan Maha Mengetahui segala isi hati kita lebih dari kita sendiri.

  • Semasa memohon dari Allah (SWT), pastikan kita menghadap kiblat and tadahlah kedua belah tangan dengan sungguh-sungguh. Masa berdoa tu, berhentilah bercakap buat sejenak dan jangan toleh-toleh and mata liar meliar-liar arah lain.
  • Mulakan doa kita dengan memuji Allah (SWT) dan berselawat kepada Rasulullah.
  • Minta dengan hati yang penuh khusyuk. Fahamilah apa yang tkita minta terutama bila berbahasa arab. Jika kita tidak faham bahasa arab, berdoa with bahasa yang kita faham, lebih baik. INTALAH DENGAN HADIRNYA HATI, BUKAN SEKADAR UCAPAN SAHAJA.

Maka janganlah kamu meminta kepada-Ku apa yang kamu tidak tahu mengenainya. Sungguh Aku memberi nasihat kepadamu supaya kamu tidak termasuk dalam orang-orang yang jahil. Hud : 46

  • Yakinlah doa kita Allah dengar and diperkenankan. Tunjukkan kesungguhan kita dalam meminta, jangan berputus asa. Jika sekiranya Allah (SWT) belum lagi makbulkan, teruskan usaha and bersangka baik with Allah (SWT) walaupun kita dapat keburukan.
  • Rendahkanlah suara ketika berdoa, jangan terlalu kuat and jangan terlalu perlahan.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintah-Nya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

  • Sedarilah kelemahan-kelemahan dan keburukan-keburukan diri sendiri.
  • Berdoalah ketika dalam kesusahan dan kesenangan.
  • Jagalah makan dan minum selalu, jauhilah dari sebarang perkara yang haram dan syubhat.
  • Pastikan doa kita tidak mengandungi sebarang dosa dan sesuatu yang boleh menyebabkan putusnya silaturrahim.
  • Tidak meminta sesuatu yang buruk samada untuk diri sendiri atau orang lain.
  • Menyapu tangan ke muka bila dah siap berdoa and sebut amin..

Mudah sahaja sebenarnya, tapi terpulang kepada kesungguhan kamu dalam berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sambil-sambil berdoa, sebaiknya amalkan solat sunat taubat jua. Sebab kita sebagai manusia yang lemah tidak terlepas dari melakukan dosa selalu, samada dosa yang disedari atau tidak disedari. Jika doa kita belum dimakbulkan, hisablah amalan kita and pastikan hak Allah (SWT) sudah kita laksanakan (membuat apa yang Allah (SWT) suruh and tinggalkan apa yang Allah (SWT) larang). Allah (SWT) lebih mengetahui segala sesuatu. Wallahu a’lam…

Mulakanlah harimu dengan zikrullah…


No comments:

Post a Comment