Wednesday, September 29, 2010

Tiada Alasan Di Hadapan Allah SWT Nanti

Assalamu'alaikum...

PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yg mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia.
Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : “Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tidak sempat mengabdikan diri kepadaMu.” Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi Sulaiman a.s adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima.

”Golongan kedua, iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT kemudian berfirman yg bermaksud : “Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa a.s.? Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu.

”Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikannya. “Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.”Tetapi Allah SWT membandingkan dengan Nabi Yusof a.s yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Golongan keempat ialah orang yang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabdikan diri kepada Tuhan. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub a.s.? Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub a.s tetap beribadah kepada Tuhannya.

”Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia.

**Bersiap sedianya para mukminin bukan pula bermakna mereka hanya sibuk memburu dunia atau asyik mengurung diri menanti Kiamat sahaja, sebaliknya mereka kala itu amat sibuk mengerjakan ketaatan dan lebih ligat membuat manfaat kepada sesama manusia.**Demi masa... Sesungguhnya manusia kerugian,Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh...

Gunakan kesempatan yang masih diberi,Moga kita takkan menyesal,Masa usia kita jangan disiakan,Kerna ia takkan kembali... Ingat lima perkara, sebelum lima perkara S ihat sebelum sakit, Muda sebelum tua,K aya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati... Demi masa... Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan... Yang beriman dan beramal saleh...

Renung-renungkan dan selamat kita beramal...

Tuesday, September 28, 2010

ISU TELEKUNG


Assalamu’alaikum

Kchik rasa nak kongsi pendapat kchik dalam hal aurat ni… sekali lagi kalau kachik tersasar tolong betulkan.

Kchik tak faham kenapa orang islam kebelakangan ini sibuk dengan isu Islam itu MUDAH hingga meMUDAHkan semua perkara. 
Contoh solat – memang telekung bukan syarat wajib untuk solat.  Itu memang kchik akui tapi untuk solat itu sah ada syarat2nya…
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat – semua dah tahu (mesti longgar, tidak jarang, melindungi semua kecuali muka dan tapak tangan)
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Solat tanpa telekung
a.         boleh ke pastikan baju kita tu longgar
b.         tudung kita tu cukup labuh ke hingga ke dada… bagi kchik kalu bertudung tiga segi tu kita masih boleh nampak susuk badan dan bentuk buah dada (maaf cakap) dari sisi.  Depan tutup tapi tepi terselak..
c.         Kadang2 bila bertudung dan tak pin belakang, bila solat gelongsor semua ke depan sampai nampak leher
d.         kalau rukuk pun kekadang nampak pinggang, bentuk punggung
e.         stokin kita cukup tebal ke sebab kekadang bila sujud boleh nampak warna tumit
satu lagi kalau pakai stokin tu jalan2 dan pas tu guna pulak untuk solat boleh ke pastikan ia bebas najis
f.          semasa mengambil air wuduk kekadang kita ke bilik air dulu, kalau tak pergi pun kita boleh pastikah hujung kain atau seluar kita tu bersih najis.. tah2 masa p jalan2 tu dah terkena air longkang ke apa ke…
g.         bawah dagu, kaki tu aurat … tak kira la apa pendapat orang tapi kchik ambil yang MUDAH, kalau dalam al-quran kata aurat kita kaum hawa ialah semua kecuali muka dan tapak tangan kchik pegang tu ja… banyak dari kita sebab nak MUDAH pakai tudung labuh dah tutup sampai bawah dada tapi bawah dagu tak tutup… stokin pun pakai yang nipis tapis teh tu ja…sah ke solat?
h.         Kadang2 tangan baju memang bergetah tapi agak longgar jadi bergerak2 hingga menampakkan pergelangan tangan, kalau pakai sarung tangan yang melekat rapat tu tak kira tutup aurat sebab antara syarat menutup aurat ialah longgar, jadi kena la pakai sarung tangan yang dijual secara meluas sekarang yang longgar tu buat dari kain ela baki baju2 kita…

TAPI YANG PALING PENTING bagi kachik ialah sikap kita sendiri… kalau tak mau solat macam2 alasan…, lupa bawak telekung, telekung kat surau tu berkulat la… Duit kita tu dari dok membazir tak tentu hala beli telekung beberapa helai… satu bubuh dalam kereta suami atau abah dan satu dalan kreta ibu, satu bubuh dalam kereta kita… satu bubuh dalam beg di tempat kerja, satu bubuh dalam beg galas (sekarang dah banyak telekung yang boleh dilipat2 dalam beg dan trend sekarang pun beg yang gabak2 (besar).  Kalau angkut blue ke blackberry atau mekap2 tu ingat sangat… tapi nak bawak telekung (sedangkan semua tahu solat tu WAJIB) kita boleh buat2 lupa… 
Alah alasan terlupa bawak telekung dah lapuk... selalunya kita p mana2 beramai2.. pinjam la sat kat sedara mara atau sahabat handai yang ikut sekali... tak kan kot semua lupa bawak telekung... kalau sungguh semua lupa, banyak dah R & R yang sediakan telekung.  Kalau memang dah tak da... tawakal kalau kita rasa pakaian yang kita sedang pakai sesuai di bawa solat, bersih, longgar, menutup aurat pergelangan tangan (guna masksom) dan kaki (pakai sarung kaki tebal) dan dagu (tarik tudung ke depan skit), menutupi dada (ni susah skit kalau tudung kita memang dah singkat..) lebih baik solat dari beri banyak alasan dan tidak solat.

Sebenarnya yang paling MUDAH ialah pakai telekung sebenarnya.  Semua masalah selesai… tak risau kot2 tak tertutup aurat…tak risau kain atau seluar kita kotor (sebab boleh londeh sebelum pakai telekung)…, tak risau baju kita sendat ke apa ke… Susah ke nak pakai telekung… ish senang bebenor… pakai kain dan pakai telekung siap… tak da lagi was2..

Kalau telekung2 tempat kita selalu solat tu berkulat, apa kata hujung minggu ni kita bawa balik dan dobi… bukan susah nak kumpul pahala..

Kita ni kalau keluar dari rumah ja mesti melaram habis siap bling2 lagi baju, ‘matching’ baju, tudung, kasut semua… sebab apa ek? Sebab nak jumpa orang.. tak kira la sedara mara ke rakan pejabat ke orang2 yang sesama shopping tu tapi semua sebab nak ORANG tengok… tapi bila nak bagi ALLAH tengok, kenapa kita ikut dan ja… hairan ek.. tak jaga syarat2 sah solat, bersih dan tutup aurat.

Orang mungkin  kata kchik ni kolot.. tu la tak belajar ilmu secara meluas, tak banding pendapat2 imam lain… kchik pegang mazhab Imam Shafie ja… macam ustaz Shamsuri kata mereka imam2 yang tersohor tak boleh nak pertikai lagi… tapi kena la ikut dengan istiqamah satu mazhab supaya kita ni tak macam lalang ikut yang mana memudahkan kita sahaja…

Telekung yang kita bakal gunakan mesti pasti bersih dan tidak jarang (kekadang kain tu memang jarang atau kekadang kain dia ok tapi renda2 merewang2 tinggi hingga nampak tangan dsbnya… warna tak penting tapi sebaik2nya biarlah putih… bersih ja nampak macam kita tengok orang solat di masjidil haram… sejuk mata memandang..

 Wallahu’alam.

Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan.  Tolong betulkan kchik kalau tersasar.  Kchik hanya insan biasa saja.

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


Salam ukhwah

Kakchik nak kongsi dengan pembaca sekalian tentang siksaan yang Allah janjikan buat kakchik sendiri dan semua secara umum yang meninggalkan solat.

Solat ni tiang agama. Kalau kita tak solat maka kita telah merobohkan agama kita. Ke mana kita akan pergi akhirnya jika kita merobohkan agama? tentulah ke neraka Saqar, diseksa sekeras2nya.
Na'uzubillah

Jadi kakchik sangat-sangat berharap tulisan kakchik kali ini akan memberi kesedaran dan motivasi juga agar semua tidak lalai mengerjakan rukun Islam kita yang ke 2.

6 Seksa hidup ketika di dunia
- Allah kurangkan keberkatan umur kita. Walaupun hidup seratus tahun pun hidup tak aman, keluarga kucar kacir, ada harta tapi tak boleh nak rasa, hidup tak pernah tenang dan akan rasa kosong yang berpanjangan yang tak boleh diisi dengan kesibukan dunia kerja, berhibur dsbnya.
- rezekinya Allah sempitkan. Kerja macam nak mati pun masih rasa tak cukup2... kerja macam nak mampus tak kaya2...
-tiada tempat baginya di sisi agama islam. Sendiri mau faham, tak solat kira bukan orang islam la... jadi cepat2lah bertaubat
- Doanya ditolak...
- Hilang cahaya soleh dari mukanya... muka terbakar kerja tengah panas tu tak sama dengan muka orang yang tak solat... eh boleh kenallah.. tengok muka tok guru, ulama tersohor bersih... ja, tengok pun hati senang ja
- amal kebajikan yang kita perbuat langsung tidak diberi pahala - rugi2...

3 siksaan sakaratul maut
- orang yang tak solat tak kira pangkat dan agama, presiden ka buruh kasar ka.. tak solat ja... dia akan menghadapi skaratul maut dalam keadaan hina. Orang pandang mulia di dunia tapi mati hina... ish2 rugi
- Mati dia juga dalam keadaan menderita kelaparan
- juga mati dalam keadaan haus sanagat walaupun diberi minum air 7 lautan

3 siksaan di dalam kubur
- Allah akan sempitkan liang kuburnya dengan sesempit-sempitnya... kira samapi selisih tulang rusuk... sakitnya siksaan yang menanti kita yang tak solat ni
- Kuburnya akan digelapkan
- Siksaan Allah mula dari lama kubur sampai hari Kiamat..

3 siksaan berada di akhirat
- orang yang solat ni akan dibelenggu dan diseret oleh malaikat ke padang masyhar.
- Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan...
- Allah tidak akan mengampun dosanya dan dia akan diseksa sekeras2nya di neraka

KAchik nak sembang satu kisah yang kchik baca dalam satu blog ni. Tak pasti kesahihan crita ni sebab berlaku di Oman. Walaubagaimapun kita masih boleh ambil iktibar dari kisah ni...

Foto ini adalah seorang pemuda berusia 18 tahun yang meninggal di salah satu rumah sakit di oman. Mayat pemuda tersebut digali kembali dari kuburnya setelah 3 jam di makamkan yang di saksikan oleh ayahnya. Pemuda tersebut meninggal di rumah sakit dan setelah di mandikan di makamkan secara islam di hari itu juga .




Tetapi setelah pemakaman ayahnya merasa ragu atas diagnosa doktor dan menginginkan untuk di identifikasi kebenaran penyebab kematianya. Seluruh kerabat dan teman - temannya begitu terkejut saat mereka melihat kondisi mayat . Mayat tersebut begitu berbeza dalam 3 jam. dia berubah tampak ke abu - abuan seperti orang yang sudah tua.




Dengan tampak jelas bekas siksaan dan pukulan yang amat keras dan dengan tulang - tulang kaki dan tangan yang hancur begitu juga ujung ujungnya sehingga menekan kebadanya.




Seluruh badan dan mukanya memar.Matanya yang terbuka memerlihatkan ketakutan, kesakitan dan keputusasaan. Darah yang begitu jelas menandakan bahwa pemuda tersebut sedang mendapatkan siksaan yang amat berat. Bila di tanya apakah amalan anak ni semasa hidup, bapa dia kata... dia anak yang baik tetapi tak pernah solat.


takutnya... Na'uzubillah.
ya Allah bantulah diriku untuk rajin mengerjakan solat yang wajib maupun yang sunat.

Semoga dimanfaatkan

wassalam

Nasihat Saidina Ali

Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan sekeping hati iaitu qalbunya (hatinya)

4. Mereka yang bersifat pertengahan (sederhana) dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ada di tangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu

9. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

10. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

11.Mengajar adalah belajar

12.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

13.Insan terbahagi kepada 3 :
- mereka yang mengenal Allah SWT
- mereka yang mencari kebenaran
- mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

14. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

15. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah SWT

16.
Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

17. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang dia lakukan untuk memperbaiki dirinya

18.
Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

19. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

20. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

21. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya

22. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta

23. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

24. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

25. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

26. Kegelisahan adalah lebih sukar daripada kesabaran

27. Seorang yang hamba kepada nafsu syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

28. Orang yang berhasad dengki marah kepada orang tidak berdosa

29. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

30. Jika berharta, berniagalah dengan Allah SWT dengan bersedekah

31. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

32. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

33. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

34. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

35. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah SWT akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

(Sahih Muslim)

Friday, September 17, 2010

MUKJIZATNYA AZAN


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

Thursday, September 16, 2010

SUTRAH DALAM SOLAT

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang yang sedang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan melintas di hadapan orang yang solat ini.” Berkata perawi, “Aku tidak pasti samada NAbi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Riwayat al-Bukhari).
Kalau boleh carilah tempat solat yang menghadap dinding atau kawasan yang pasti tidak akan ada orang yang boleh melintas di hadapan kita ketika kita solat. Kalau terpaksa maka letaklah sutrah.
Apa itu Sutrah?
Bermakna sesuatu objek yang dijadikan sempadan kawasan solat. Dalam maksud lain sebagai penhalang/ pengadang. Macam2 objek boleh dijadikan sutrah di hadapan arah kiblat seperti batu, tongkat, tiang, beg, kotak, dan boleh juga sekadar membuat satu garisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Jika tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu dihadapannya.” Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban.
Jarak antara sutrah dengan kaki ialah kira-kira 3 hasta (hasta = siku sampai ujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.
Sutrah disyariatkan baik untuk solat berjemaah dan juga solat sendirian. Juga untuk solat2 sunat seperti Dhuha, Tahiyatul Masjid dll.
Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di hadapan imam. Sutrah makmum mengikut sutrah imam. Jadi kalau ada keperluan seperti terbatal wuduk maka dibolehkan melintas di hadapan makmum.
Hikmahnya adalah bertujuan untuk memusatkan khusyuk solat tanpa diganggu dengan orang lalu lalang di hadapan. Selain itu sebagai tanda bahawa orang itu sedang solat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Apabila seseorang kamu meletakkan sesuatu di hadapannya seperti pelana perjalanan, maka bersolatlah, serta tidak perlu lagi memperdulikan sesiapa yang berjalan di belakang halangan tadi.” Riwayat Muslim dan al-Tirmizi.
Secara purata, para ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang ketika solat adalah sunat, namun tidak sampai ke tahap wajib. Jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.

Wednesday, September 15, 2010

TAHIYAT AKHIR

Assalamu'alaikum

Kchik sekali lagi ingin berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat dan dimanfaatkan

Bacaan tahiyat akhir adalah rukum, oleh itu lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Duduk Tahiyat akhir membawa maksud tidak boleh sesorang itu membaca tahiyat sedang dia berdiri, sujud dan sebagainya.

Lafaznya ialah:


Maksudnya:
Segala penghormatan yang berkat dan solat yang baik adalah untuk Allah.  Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya.  Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.  Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad.  Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.  Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Sesunggunya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.”

SYARAT-SYARAT TASYAHUD (TAHIYAT)
Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

·         Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan tasyahud

·         Berurutan bacaan perkataaan-perkataan tasyahud
Jika diselangi di antara bacaannya perkataan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan warid dalam bacaan yang sempurna.

·         Membaca Tasyahud dalam Duduk yang diikuti oleh salam
      cara duduk adalah sama untuk lelaki dan perempuan
 Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:
فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

" Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk) ". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.


Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan sunnah yang afdal.

·         Bacaan Tasyahud dalam Bahasa Arab

·         Menjaga Bacaan Makhraj-makhraj huruf Tasyahud
           Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam Tasyahud

1- Bacaan-bacaan di dalam solat hendaklah disebut dengan cara dan sebutan yang betul. Terutama bacaan-bacaan wajib seperti Tashahhud akhir. Tetapi ia tidak terikat dengan hukum hakam tajwid.

2- Samada terdapat tanda sabdu atau tidak ada, dari sudut bacaannya apabila Tanwin bertemu dengan huruf Mim, maka hukumnya ialah Idhgam Ma'al Ghunnah (memasukkan tanwin ke dalam huruf Mim dengan dengung).


Tetapi tidak menyebutnya dengan cara dengung tidak membatalkan sembahyang, kerana ia adalah lahan yang tidak mengubah makna.

·         Membaca Tasyahud dengan tertib.
Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat bila mana jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.

·         Jari telunjuk sebelah kanan diangkat Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla   
       ilahaillallah" dan seterusnya.  Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama 
       dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari "Asyhadualla ilaha illallah.      
       Wa-asy-hadu  anna Muhammadar rasulullah"
 


   

Pergerakan Jari (Tahrik) Ketika Duduk Tasyahud Solat
1. Tahrik dari perbahasan bahasa Arab

Tahrik ialah menggerak-gerakkan telunjuk ketika duduk tasyaahud. Imam alBaihaqee asySyafi'iy (Ma'arufat Sunan wal Atsar, Jld 3/ms 52 dan Amir Syun'any, Subulus Salam Jld 1/189), yuharriku dalam hadis2 bermaksud isyarat bukan menggerakkan dgn istimrar (gerak terus menerus). Yuharrik itu cukup dengan isyarat sekali sahaja. Ini bertepatan dgn hadis Ibn Zubair ra yg bermaksud, " Bahawasanya Nabi saw ketika duduk berdo'a (tasyaahud), baginda mengisyaratkan dgn jarinya dan tidak menggerak-gerakkan (telunjuk)." [Abu Daud, 989; alNasa'iy, 1193, alBaihaqee (2786)]

Status hadis: Sahih menurut alNawawee dan Syaykh Arnauth; SYAZ menurut alMuhaddith Albani (Dha'eef Abu Daud, 989). Imam Muslim (alSahih, 579) tanpa tambahan " dan tidak menggerak-gerakkannya)"

Itulah maksud "La Yuharrik" menurut alBaihaqee.

2. Bantahan pada alBaihaqee.

Pendapat alBaihaqee dibantah kerana 'Yuharriku' menunjukkan berterusan menggerakkan selama mana dalam keadaan berdo'a/bertasyaahud. Dalilnya ialah yuharriku dalam alQur:an, surah alQiyaamah: 16 "Janganlah kamu menggerak-gerakkan bibirmu secara tergesa-gesa ketika membaca alQur:an" (terjemahan) 'Tuharrik' dalam ayat itu (75:16) bermaksud menggerak-gerakkan bibir secara istimrar (berterusan).


Dalil kedua: ialah hadis Wa'il bin Hujr ra di mana Wa'il melapurkan Nabi saw 'yukarrikuha' (Nabi saw menggerak-gerakkan jarinya). Hadis ini statusnya sahih dan dikeluarkan oleh ramai Muhaddith, antaranya Imam Ahmad (18772),Darimi (1397), Ibn Khuzayma (714), annasa'iy (Sahih anNasa'iy lil ALBANI no 1267). hadis ini disahihkan oleh Syaraf Muhyiddin anNawawee, Arnauth dan Albani.



3. Bagaimana menemukan pendapat Baihaqee dan ahli tahqeeq yg menolaknya spt Muhaddith Albani.


Imam alBaihaqee mengungguli hadis Ibn Zubair ra dan menetapkan ia berlawanan dgn hadis Wail. Imam-imam hadis dan manhaj salafiyah mengungguli hadis Wail dan menetapkan yuharrikuhu adalah berterusan mengikut tatabahasa Arab dan penggunaan alQur'an.


Imam-Imam Tahqeeq (analitis) berpendapat kedua-dua pendapat ini boleh dipertemukan. alAmir Syun'ani, alMubarakfuri, Syeykh Ali alQari, al'azim alAbadi mereka bersependapat bahawa sebenarnya hadis Wail tidak bercanggah dgn hadis Ibn Zubair. Pendapat yg kompromi ialah kedua-dua hadis itu menunjukkan Nabi saw kadang2 yuharrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk) dan kadang2 La yuharriku (tidak menggerakkan, hanya memberi isyarat sahaja). Ini menunjukkan tahrik itu tidak wajib.



4. Dari mana pula datangnya pendapat2 ganjil Syafi'iyah dan Hanafiah?


Allamah Sayyid sabiq, syaikhul Azhar, dlm kitab klasik Fiqh Sunnah merumuskan: Fiqh Syafi'iy ; Isyarat telunjuk sekali ketika sebutan IlaLlah dalam kalimah syahadat Fiqh Hanafi: isyarat telunjuk ketika kalimah LAA (dalam kalimah syahadah) Fiqh Maliki: hendaklah menggerakkan telunjuk ke kanan dan ke kiri dari awal tasyahud hingga akhir Fiqh Hanbali: mengisyarat dgn jari telunjuk setiap kali nama Allah disebut tanpa tahrik, tujuan mengEsakan Allah (Fiqh Sunnah, Jld 1/170, cetakan Makkah)


Ahli Tahqeeq spt pengarang kitab Tuhfah alAhwazi (Jld 2/185) hairan dari mana kedua-dua madzhab (Hanafi dan Syafi'iy) mendapatkan dalil utk membuat ketetapan yg demikian. Imam alMuhaddith Albani (Sifat Solatun Nabiyy/ms 40) Jadi ketetapan dalam madzhab Hanafi dan Syafi'iy sebenarnya tidak ada asalnya dari asSunnah.


Rumusan


a. alMuhaddith Albani menetapkan tahrik telunjuk dari mula tasyahud hingga salam adalah Sunnah Muhammad saw dan diamalkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad dan mereka yg mendalami Sunnah (sifat solatun nabi/ms 40)

b. Sebagai langkah kempromi, hadis Ibn Zubair juga boleh diamalkan kerana ia juga hadis yg sahih. (Tuhfah alAhwazi 2/ms 188)


c. Cara madzhab Syafi'iy dan Hanafi adalah tertolak kerana tidak disandarkan kepada nas.


d. Permulaan tahrik ialah ketika duduk tasyaahud hingga salam


e. Boleh menggerak ke kanan dan kiri (malikiah) dan ke atas dan kebawah (albani) kerana tiada nas yg tegas dan qat'iyah dalam menceritakan bentuk tahrik. 

Melihat jari ketika tashahhud

  Ada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Zubayr daripada Nabi s.a.w. bahawa “sesungguhnya baginda s.a.w. apabila duduk dalam tasyahhud (tahiyyat), baginda akan meletakkan tapak tangan kiri di atas paha kiri dan menunjukkan dengan jari telunjuk, matanya tidak melampaui isyarat jari telunjuknya”.

Hadis ini direkodkan oleh Abu Dawud (990), al-Nasa’i (1275), di tashihkan oleh al-Nawawi dalam Sharh Muslim (5/81).

Kata al-Nawawi : “Dan yang sunnahnya ialah matanya/pandangannya tidak melebihi paras isyaratnya, dan padanya"


DOA TAHIYAT AKHIR

 Sabit dalam hadis2 sahih Nabi SAW berdoa sebelum memberi salam, dan menggalakkan kepada umatnya. antaranya:
- hadis Ibn Masud: "Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa2 yg paling dikaguminya". HR Bukhari dan Muslim.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan sepakat seluruh org2 Islam. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yg tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi sembahyangnya.


Quote:

Berikut adalah beberapa doa yg diriwayatkan:

pertama:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

kedua:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762).

ketiga:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).

 Assalamu'alaikum.

Kachik bukannya mahir sangat bab solat ni jadi sambil mencari ilmu nak kongsi juga ilmu dengan semua. InsyaAllah bermanfaat dan dimanfaatkan.
Dalam semua  solat fardu kecuali subuh (kerana hanya 2 rakaat sahaja), maka ketika dalam rakaat kedua, kita akan duduk untuk membaca tasyahud / tahiyat awal.
Istilah Tasyahud kerana pada bacaan tahiyat ada 2 kalimah syahadah.  Manakala disebut Tahiyat kerana dimulai dengan ayat “Attahiyyatu..” yang bererti penghormatan.

Kalangan ulama dan mazhab telah sepakat bahawa duduk tasyahud awal dan membacanya sunat sahaja. (Mughni al-Muhtaj jil. 1, hlm 239, al-Sharh al-Sahgir jil.1, hlm. 317, al-Fiqh al-Islami wa Asilatuh, jil 2, hlm 900).  Namun mengikut Mazhab Shafie, kalau kita terlupa membaca tasyahud awal ini maka kita perlulah membuat sujud sahwi.

Ketika duduk tasyahud awal ini, Nabi s.a.w. meletakkan tangan kiri Baginda s.a.w. di atas paha kiri dan tangan kanan di atas paha kanan.  Dan Nabi s.a.w. duduk di atas kaki kiri, sedangkan kaki kanan ditegakkan. (Zad al-Ma’ad, Ibn Qayyim, jil 1, hlm 235)
 
Ia disebut dalam hadis berikut, yang bermaksud: “ Dan apabila Nabi s.a.w. duduk semasa rakaat yang kedua, Nabi s.a.w. duduk diatas kaki kirinya serta menegakkan yang satu lagi (kanan).” (Riwayat al-Bukhari)

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahan, Formula Solat Sempurna.