Assalamu’alaikum
Kakchik bukannya senpurna. Banyak benda lagi yang kchik tak tahu. Tapi cuba buat yang terbaik dan ikhlaskan hati semoga Allah terima segala amalan saya yang sedikit ini. Semoga kchik jadi lebih baik setiap hari.
Pengawal2 yang jaga pintu masuk majid (semua perempuan) dan fasih berbahasa melayu… baik2 belaka dan mudah membantu.
Kakchik suka tengok payung2 elektrik yang dibuka bila cuaca mula panas… cantikkk… dan tengok bumbung masjid dibuka … cantiknya langit (dulu tengok time azan di tv3 ja)… tiang2 masjid pun macam pasang ‘aircon’ ja sejuk…dan nyaman.
Air zam2 bersusun2… nak yang sejuk ke panas ke ikut selera. Yang sejuk tu bukannya dema tambah ais, Cuma dema sejukkan paip besi jadi bila air zam2 tu lalu dia jadi sejuk… kachik dan mak mertua, kami minum yang panas sebab takut batuk.. susah nak buat ibadah nanti..
Kami tiba awal jadi orang masih tak ramai, jadi banyak peluang untuk ziarah Raudhah. Orang yang dah sampai ja yang faham perasaan kchik… tak boleh digambarkan dengan kata2… syahdu… terharu… germbira… macam2.. Bahagian perempuan ni dema hadkan waktu menziarah 2 kali sehari ja….jadi bila dema buka ja pintu, lepas solat subuh… kchik mesti usaha masuk dengan mak mertua… dan nak masuk solat sunat di Raudhah pun kena tunggu giliran ikut negara sebab ramai tapi had kawasan terhad.
Kawan2 dan ustaz yang dah pergi pesan, kalau dapat tempat untuk solat di Raudhah…solat elok2 dan kena pandai teknik nak berdoa… sebab ramai dok tunggu giliran…pengawal2 nampak ja kita bagi salam.. mesti dema mai dan suruh kita beredar… berdoa pada Allah ni bukan ada had masa… bila2 pun boleh doa… lepas baca fatihah, masa rukuk, sujud, duduk antara dua sujud … janji jangan terlepas cakap nanti batal solat… doa dalam hati seikhlasnya…kalau tunggu lepas beri salam, pas tu nak duduk angkat tangan berdoa… alamatnya melepas le, berdoa sambil berjalan nak keluar pun boleh….
Kemudian dema buka pulak pintu ke Raudhah lepas asar… kchik n mak mertua mesti cuba masuk juga… rindu nak ziarah makam Nabi Besar kita.
Lepas beberapa hari, kchik cuma masuk lepas subuh ja… orang masih tak ramai berbanding lepas asar… mungkin ramai jemaah balik bersarapan kot…
Lagipun mak mertua kchik kata…kita memang nak ziarah Rasulullah setiap waktu tapi kita kena juga beri ruang pada orang yang belum sempat menziarah lagi…kalau kita menziarah dalam keadaan bersesak2, berebut2 masa, tak puas nak solat… tak puas nak doa… jadi kami ziarah 1 kali ja (pada waktu subuh) sampai la kami kena bertolak ke Mekah.
Ish2 selera makan di Madinah pun bagus… mak mertua pun pandai makan roti kat sana…sedap…
Sepanjang perjalanan ke masjid Nabawi… orang dah mula jual macam2… jubah lelaki mai ai murah2… 10 riyal ja selai… kopiah, tudung, tasbih, quran, macam2 la.. Alhamdulillah kchik dan suami bawa duit sikit ja jadi nak beli apa2 pun kena berkira2… memang la kalau kita niat nak tolong bantu ekonomi orang islam dapat pahala… tapi takut masa beli tu lupa niat nak tolong jadi niat nak borong.
Biarlah orang2 yang borong sampai pos berkotak2 balik Malaysia… bab tu kchik tak mau komen… nanti jatuh ngumpat… mungkin niat memang dia nak bantu ekonomi orang islam, sapa yang tahu… mungkin ada orang kirim… jadi senang jangan komen.. nak kumpul pahala kang dosa yang dapat…
Allah ni Maha Adil.. kalau Dia beri pahala 50 000 setiap amalan baik, Dia juga akan beri balasan dosa 50 000 bagi setiap dosa yang kita lakukan… jadi kena hati2
wallahualam
No comments:
Post a Comment