Alhamdulillah.. selamat tiba di Madinah. Kawan pesan, ustaz pun pesan pertama kali pijak ja kaki di bumi Madinah, Jeddah dan Mekah.. doa apa2 pun insyaAllah mustajab. Dah plan apa nak didoa tapi sampai ja jadi macam terlupa... jadi kakchik doa mudahkan semua urusan kami, terima semua amalan kami dan biarlah kami selesa macam cuaca di Malaysia..
memang urusan kami di sana Allah mudahkan... syukur sangat... tak da masalah di 'airport', lancar ja.. tak 'queue' panjang.. keluar ja 'airport' dah ada bas tunggu nak bawak pergi hotel. Hotel yang kami inap tu mengikut petugas haji khas untuk jemaah yang bayar pakej RM25 000. wow hebat, sebab dema tak mai lagi, petugas beri kumpulan KT6 inap di situ. Dekat sungguh dengan Masjid Nabawi. Keluar pintu belakang hotel dah nampak pagar masjid Nabawi.
Masa sampai di Madinah… gembira sungguh tak terkata.. maklumlah nak ziarah makam Kekasih Allah. Kchik suka suasana di sana, masjidnya luas… cantik luar dan dalam… aman, lapang hati sungguh rasanya… hilang semua masalah… memang 8 hari kat sana tak ingat semua masalah di Malaysia… bohong kalau kata kchik tak ingat anak2, cuma ingatan tu mai kadang2 ja…
Duduk sebilik 8 orang. Tabung Haji akan kumpulkan jadi 1 keluarga. Jadi pasangan kami pula sebilik juga. Ada 2 orang dari Terengganu mak dan anak, 2 beradik dan 2 biras dari kedah dan pahang dan kchik serta mak mertua. . Pertama kali jumpa dalam bilik tu la tapi mesranya sampai sekarang pun kami masih gilir ziarah menziarahi.
Ni gambar dalam bilik.. wa, mak ngah, mak teh, makndak, mak mertuaku, mak wan.
Layanan hotel tu memang bagus, tiba2 ja di lobi dema jamu makan ringan dengan jus oren. dalam bilik setiap orang dapat 1 beg plastik penuh dengan uncang teh, gula, nescafe, susu (ish2 kira macam bekal untuk sebulan semua tu) sudu garfu dan cawan plastik (pun banyak gak)
Settle bilik, berkenal-kenalan dengan rakan2 jemaah sebilik, settle beg dari bas...kira nak pergi Masjid ja la, mula2 memang semua berkobar2.
Cantik Masjid ni... lebih cantik dari yang kita tengok time azan maghrib kat TV3, lagi cantik dari kita tengok kat buku2.. nyaman, selesa, satu macam punya rasa aman dan tenteram bila ada di dalam Masjid. Mungkin sebab ada jasad Nabi Muhammad kekasih Allah di dalamnya. SubhanaAllah, tu baru ziarah masjid Nabi kalau kita dapat bersama2 semasa Nabi masih hidup mungkin akan lebih damai dan mantap iman.
Ya Allah terimalah ibadahku. Ihklaskan niat ku, segala yang kakchik cerita ni sekadar nak kongsi pengalaman dan semoga orang2 yang rasa tak mampu nak pergi jadi bersemangat nak pergi. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Jangan tangguh nak cukupkan rukun islam yang ke 5, kita tak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita. Daftar dulu, lepas tu kuatkan azam dan tekad untuk menyimpan. InsyaAllah yakin dengan Allah, kita akan boleh pergi Mekah jika kita betul2 niat nak pergi mengerjakan haji. Kalau kita mati sebelum dapat mengerjakan haji sekurang2nya Allah dah kira niat kita yang berkobar2 nak pergi.
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment