Salam persaudaraan.
Sambung cita lagi...
Masuk bulan 8 tu juga perut rasa lain macam, tekak pun mula nak meloya... alamak.. pergi check memang confirm mengandung 2 bulan.
Macam nak luruh jantung ni... Allah beri rezeki tak henti2 sampai rezeki anak pun Allah beri..
Pakat dengan suami kami nak bawak anak ni mengerjakan haji sekali. Suami kata kalau tak alah apa2 dan kesihatan mengizinkan, dia benarkan tak perlu beritahu tabung haji...
tapi Allah lagi berkuasa..( kami nak buat haji tapi dok sorok2 kira menipu juga la.... ngaku tak mengandung, suami takut Allah tak terima ibadah kami nanti..) tup2 dalam dok timbang2 nak pergi ke tak.. sampai surat kata kami kena tangguh pergi tahun depan...
Ya Allah Alhamdulillah, tak payah nak tipu2... banyak juga nak kena tipu ni... pihak hospital masa nak cucuk wajib pergi haji (tak pasal2 ja mudharat ke anak pulak), pihak tabung haji, pihak penerbangan, jemaah haji yang lain... Syukur Allah bantu agar kchik tak payah menipu.
Tapi Kakchik sedih juga sebab dah berkobar2 nak pergi (memang rasa dipanggil2 ja nak pergi ke Mekah) tapi kakchik yakin Allah Maha Bijaksana dan Penyayang... mungkin kakchik akan letih di sana, mungkin akan mudharatkan anak, menyusahkan suami dan mak mertua kalau dibuatnya di sana alah teruk... macam2 lagi...langsung tak boleh buat haji dengan sempurna... jadi kakchik redha.
Suami kata kita pun tak berapa cekap lagi eloklah belajar kursus haji setahun lagi... kita boleh perlahan2 simpan duit untuk beli barang persiapan untuk ke sana, simpanan untuk bekalan anak2 yang bakal ditinggalkan, settle lagi hutang2 yang ada...
Memang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa
Wallahu'alam
“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”
Thursday, November 4, 2010
MUSIM HAJI TIBA LAGI - 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment