Kchik sambung lagi ya...
Kakchik 'brainwash' anak2 pasal kami nak pergi mekah. Kakchik nak dema bersedia mental berpisah dengan kami dan aman di rumah kakak ipar semasa ketiadaan kami. Ramai kawan kata sedih nak naik kapalterbang bila anak2 dok menjerit pegang kaki tak mau lepas.
Anak sulung yang paling susah nak di'brainwash'kan. Dia risau sebab katanya dia kecil lagi nak jaga adik-adik kalau kami meninggal di sana. Along baru umur 4 tahun. Ish2 jauh pemikiran dia. Bila masa kakchik cerita bab mati pada dia. Dia kata dia tak pandai baca doa lagi nak doakan kesejahteraan kami di sana dan doakan kami jika kami meninggal.
Tiap kali beli barang kakchik campak dalam satu beg (senang nak pack barang, tak payah nak cari merata tempat). Along mesti sedih... dan akan punggah beg dan sorok barang2 supaya kami tak jadi pergi..
Bila dah tiba masa nak pergi, semua balik kelantan.
Ambil mak untuk bertolak ke Kelana Jaya. Kami akan naik KT6 dari Kelana Jaya. Naik dari Pengkalan Chepa ke KLIA terus ke Kelana Jaya. Kakchik pack semua barang di sana. Dah elok2 kemas, keluar bilik ja masuk pulak mesti tengok beg tu dah kena punggah, Along tak mau kami pergi. Along asyik keluarkan barang2 dari beg. Suami risau tengok anak2 macam tak boleh terima kami dah nak bertolak. Malam tu suami panggil anak2 dan 'slow talk' lagi pasal kami pergi Mekah. Alhamdulillah di aiport Pengkalan Chepa, anak2 nampak sedih tapi redha kami tinggalkan mereka. Along siap tanya ummi bawak tak 'handphone' nanti sampai Madinah nak telefon dia. Angah pesan jangan lupa ambil gambar. Tiada siapa yang menangis beria2 masa kami masuk ruang berlepas. Jadi nak pergi Mekah pun hati tak sayu sangat sebab tengok anak2 senyum sambil melambai2.
Kuasa tuhan.... tak percaya anak2 yang semalam merayu2 kami jangan pergi, pagi ni redha dan ceria pulak. SubhanaAllah.
Hairan tapi sebenarnya tiada yang mustahil bagi Allah... kita hanya perlu banyak berdoa dan yakin.
“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”
Sunday, November 7, 2010
MUSIM HAJI TIBA LAGI - 7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment